Friday, September 26, 2008



12.14 a.m. 26 Sept 2008/ 26 Ramadan 1426H, Ramadan memasuki hari ke 26. Habis bekerja hari ini, sy akan terus pulang ke kg untuk cuti aidilfitri selama seminggu. Ramadan nampaknya kian berlabuh, mmg seronok nak beraya bersama keluarga tp sy juga berdoa semoga sy berpeluang bertemu lg Ramadan akan dtg dan menempuhnya dgn lebih baik.

Pengalaman 15 hari Ramadan yg lalu telah sy ceritakan, bakinya tak banyak beza.

Berbuka Puasa : Minggu lalu sy ke rumah Mr KH & Mrs FA untuk berbuka puasa sambil house warming. Memang best dpt hang out dgn member2, makan2 n tgk rumah dorang yg cantik. Sedar tak sedar dh masuk 10 mlm br sy sibuk nak balik. Thanks KH & FA for the treats. Kat sana juga sy jumpa Johan Hazimi yg dah semakin besar...hepi2 Johnny.

Rezeki Ramadan: Hari selasa lalu, my very close friend aka mentor sy tiba2 bermurah hati menghadiahkan sy sepasang kasut & duit raya. Walaupun segan nak terima tetapi kerana dia begitu berhajat sy menerima dgn hati terbuka. Mmg mentor sy ini cukup pemurah termasuk memberikan sokongan dan berkongsi pengalamannya dgn sy. Seorg ketua jabatan juga memberikan sy kuih raya atas dasar ingatan katanya. Terima kasih buat semua. Ramai yg mahu mengambil berkat ramadan nmpknya.

* sy sedang mengemas barang2, posting akan disambung semula kemudian.

sambungan ini dibuat jam 2.00 petang selepas solat jumaat:
Saya kini menyertai Biro Endah KS&RPNB buat tahun ke 5. Sempena Ramadan ini program pertama kami bermula dengan kutipan derma pada Rabu lalu untuk rumah2 kebajikan dan individu2 yg memerlukan bantuan. Sebentar td sy baru pulang dr menghantar sumbangan ke sebuah rumah kebajikan di Gombak dan sebuah lagi di Rawang. Sebanyak 7 penerima akan menerima sumbangan kami kali ini, cuma memandangkan hari ini hr Jumaat, sy dan Syed menyerahkan 2 sumbangan ini sahaja & lain-lain diuruskan oleh ajk wanita yg bergerak berasingan.

@ gombak

@ Rawang

Sumbangan yg kami terima kali ini adalah bahan makanan & wang tunai. Semestinya sy bersyukur berpeluang membantu mereka2 yg memerlukan ini walaupun hanya sedikit. Sebenarnya terlalu banyak rumah2 kebajikan & individu2 yg memerlukan bantuan dan tidak mendapat perhatian yg sewajarnya. Kami pun sekadar dapat membantu setakat yg mampu.

Apapun mmg masyarakat kita sgt prihatin, ramai yg sudi membantu jika kena caranya cuma mungkin saluran2 yg ada buat ms ini kurang efficient. Sy berpendapat ini yg penting perlu diberi perhatian.

Buat semua, selamat hari raya, maaf zahir & batin. Sambutlah syawal dgn kesyukuran. Sy bergerak pulang sekarang dlm keadaan cuaca di luar renyai2 hujan & jalan sgt jam....sy sedang mengatur strategi, menyusun laluan...... yg pasti sy akan berbuka puasa hr ini di dlm kereta....hmmm....6.26 p.m.......chalo.


0 Comments:

Post a Comment