Friday, September 26, 2008



12.14 a.m. 26 Sept 2008/ 26 Ramadan 1426H, Ramadan memasuki hari ke 26. Habis bekerja hari ini, sy akan terus pulang ke kg untuk cuti aidilfitri selama seminggu. Ramadan nampaknya kian berlabuh, mmg seronok nak beraya bersama keluarga tp sy juga berdoa semoga sy berpeluang bertemu lg Ramadan akan dtg dan menempuhnya dgn lebih baik.

Pengalaman 15 hari Ramadan yg lalu telah sy ceritakan, bakinya tak banyak beza.

Berbuka Puasa : Minggu lalu sy ke rumah Mr KH & Mrs FA untuk berbuka puasa sambil house warming. Memang best dpt hang out dgn member2, makan2 n tgk rumah dorang yg cantik. Sedar tak sedar dh masuk 10 mlm br sy sibuk nak balik. Thanks KH & FA for the treats. Kat sana juga sy jumpa Johan Hazimi yg dah semakin besar...hepi2 Johnny.

Rezeki Ramadan: Hari selasa lalu, my very close friend aka mentor sy tiba2 bermurah hati menghadiahkan sy sepasang kasut & duit raya. Walaupun segan nak terima tetapi kerana dia begitu berhajat sy menerima dgn hati terbuka. Mmg mentor sy ini cukup pemurah termasuk memberikan sokongan dan berkongsi pengalamannya dgn sy. Seorg ketua jabatan juga memberikan sy kuih raya atas dasar ingatan katanya. Terima kasih buat semua. Ramai yg mahu mengambil berkat ramadan nmpknya.

* sy sedang mengemas barang2, posting akan disambung semula kemudian.

sambungan ini dibuat jam 2.00 petang selepas solat jumaat:
Saya kini menyertai Biro Endah KS&RPNB buat tahun ke 5. Sempena Ramadan ini program pertama kami bermula dengan kutipan derma pada Rabu lalu untuk rumah2 kebajikan dan individu2 yg memerlukan bantuan. Sebentar td sy baru pulang dr menghantar sumbangan ke sebuah rumah kebajikan di Gombak dan sebuah lagi di Rawang. Sebanyak 7 penerima akan menerima sumbangan kami kali ini, cuma memandangkan hari ini hr Jumaat, sy dan Syed menyerahkan 2 sumbangan ini sahaja & lain-lain diuruskan oleh ajk wanita yg bergerak berasingan.

@ gombak

@ Rawang

Sumbangan yg kami terima kali ini adalah bahan makanan & wang tunai. Semestinya sy bersyukur berpeluang membantu mereka2 yg memerlukan ini walaupun hanya sedikit. Sebenarnya terlalu banyak rumah2 kebajikan & individu2 yg memerlukan bantuan dan tidak mendapat perhatian yg sewajarnya. Kami pun sekadar dapat membantu setakat yg mampu.

Apapun mmg masyarakat kita sgt prihatin, ramai yg sudi membantu jika kena caranya cuma mungkin saluran2 yg ada buat ms ini kurang efficient. Sy berpendapat ini yg penting perlu diberi perhatian.

Buat semua, selamat hari raya, maaf zahir & batin. Sambutlah syawal dgn kesyukuran. Sy bergerak pulang sekarang dlm keadaan cuaca di luar renyai2 hujan & jalan sgt jam....sy sedang mengatur strategi, menyusun laluan...... yg pasti sy akan berbuka puasa hr ini di dlm kereta....hmmm....6.26 p.m.......chalo.


Tuesday, September 23, 2008

Sejak minggu ke 2 puasa, ulcer mulut sy kembali. Kali ini lebih menyakitkan kerana hujung lidah turut terlibat. Ulcer mulut ini telah lama sinonim dgn sy, selalunya sgt menguji kesabaran dan menjejaskan mood sy. Tambah membebankan, keupayaan sy bertutur turut terganggu sedangkan kerja sy seharian memerlukan kepetahan....argh...tensionnya.

Doktor baru yang 'hot' di klinik dlm bangunan opis sy setelah melihat ulcer ini agak teruk, mengambil darah sy untuk ujian. Hari ini sy mendapat keputusannya. Semuanya agak normal dan ujian lanjut akan dibuat selepas raya nnti. Kami berbincang agak panjang lebar dan kemungkinan apa yg sy alami ialah Aphthous Ulcer. Sy sendiri tidak pernah mendengar mengenai penyakit jenis ini tp insyaallah ia tidak akan membunuh sy. Walaubagaimanapun, kerana ia menjejaskan kualiti hidup sy, sy bertekad utk mengubati/ mencegahnya. Insyaallah, sy akan berusaha.

Mengenai Aphthous Ulcer, sy google perkataan tersebut dan ini sedikit maklumat dr Wikipedia.

An aphthous ulcer (aka canker sore) is a type of oral ulcer which presents as a painful open sore inside the mouth or upper throat, caused by a break in the mucous membrane. The condition is also known as aphthous stomatitis, and alternatively as "Sutton's Disease," especially in the case of multiple or recurring ulcers.


Aphthous ulcers are classified according to the diameter of the lesion.

Minor ulceration

"Minor aphthous ulcers" indicate that the lesion size is between 3-10mm. The appearance of the lesion is that of an erythematous halo with yellowish or grayish color. Pain is the obvious characteristic of the lesion.

Major ulcerations

Major aphthous ulcers have the same appearance as minor ulcerations, but are greater than 10mm in diameter and are extremely painful. They usually take more than a month to heal, and frequently leave a scar. These typically develop after puberty with frequent recurrences. They occur on moveable non-keratinizing oral surfaces, but the ulcer borders may extend onto keratinized surfaces. The lesions heal with scarring and cause severe pain and discomfort.

Buat masa ini mungkin ini yg mampu sy lakukan:

Non-prescription treatments

In most cases treatment is not required and the ulcers will disappear on their own. Suggestions to reduce the pain caused by an ulcer include avoiding spicy food, rinsing with salt water or over-the-counter mouthwashes, proper oral hygiene and non-prescription local anesthetics.[12]

Selain dari itu, keputusan ujian darah sy menunjukkan kolestrol sy semakin meningkat dan perlu diberi perhatian kerana bakal melibatkan masalah jantung, tambahan lagi sy mempunyai faktor genetik. Jika tiada perubahan, 6 bulan dr sekarang sy perlu mula memakan ubat-ubatan (sesuatu yg sy sgt ingin elakkan). Yang menghairankan, ujian ini dalam bulan puasa dimana keputusan sepatutnya berbeza, berat sy juga kian susut (berat sy 66 kg skrg cuma lebih 1kg dr berat ideal sy) dan pemeriksaan kesihatan sy 9 bulan lepas menunjukkan keputusan yg baik. Sy sgt musykil dan akan cuba berdiet sedikit, kembali ke gym selepas raya nanti. Apapun, musim raya yg bakal menjelang....time to enjoy the food right? hehhhe

Friday, September 19, 2008

100 days

19 September 2008 - 27 Disember 2008 = 100 Hari.

100 hari bg sesetengah org satu tempoh yg panjang, namun bg sy 100 hari yg akan datang pasti berlalu cukup pantas. Dalam tempoh 1o0 hari ini, insyaallah, perjalanan hidup sy akan memasuki fasa baru.....fasa berumahtangga. Insyaallah, 27 Dis adalah event terakhir = majlis di pihak saya.

Rasanya sy tidak pernah menafikannya (yg pasti sy tidak pernah berbohong)....cuma kadang kala sy tidak menjawab bila soalan berkaitan diajukan/ jawapan sy cukup terhad...hehe..mungkin masa itu sy belum bersedia untuk bercerita. Sy sgt menghargai keprihatinan sahabat handai, kawan2 yg asyik bertanya....insyaallah, berkat doa semua harinya kian menjelang tiba. Dalam tempoh ini, sy mahu berkongsi pengalaman & persiapan sy setakat mana sy mampu membuat posting, disamping untuk menghargai sumbangan "org2 kuat" yg memberikan sokongan & bantuan.

Bukan mudah rupanya ingin membina sebuah rumah bermula dr sekeping bata...majlis sy kali ini merupakan majlis perkahwinan pertama keluarga sy tanpa ayah menguruskannya dan bakal berlangsung 13 tahun selepas majlis perkahwinan terakhir ahli keluarga kami...hmm...dah macam kenduri menerima menantu sulung balik la kiranya.

Persiapan sy bermula setelah kata sepakat kedua-dua belah pihak dicapai dlm satu majlis ringkas pada 22 Mac lalu. Sejak hari tersebut, perancangan seterusnya digerakkan sedikit demi sedikit spt berikut:

:: Mac ::
- kursus kahwin.
My advice, kalau belum pergi, pergi la bersama pasangan. Banyak ilmu dapat, paling penting, dua2 org mendengar benda yg sama, takde la info tu bercanggah pulak kan.

:: April ::
- barang2 hantaran mula dibeli
Kebetulan ada sale bulan ini, jadi shopping la sikit2 mana2 brg yg berkenan.

- discuss with family about venue & makanan.
Ni antara perkara paling penting. Mulanya sy bercadang mengadakan majlis tersebut di dewan n catering. Last2 decide venue confirm kat rumah. About catering, mmg ramai yg bangkang, tak seronok katanya...hmmm....dorang ni, nak seronok main masak2 agaknya? Niat sy nak senangkan semua org, bersih n kurangkan penat semua yg terlibat tp sy akur kehendak ramai yg nak masak kat rumah.

:: May ::
- beli cincin kahwin
Kebetulan my other half jumpa cincin yg dia berkenan kat KLCC, so kami terus beli...satu untuk dia, semestinya satu utk sy.....hehehh

- start survey mak andam, photographer & canopy supplier
Usaha bermula dgn surf internet & tanya member2 yg dah kawin/ plan nak kawin. Paling penting tema kena set dah time ni. Untuk sy, coz buat kat kg/ rumah, temanya ala-ala kg je la.

:: Jun ::
- confirmation of mak andam
Kami smpat buat appointment dgn 3 mak andam je before decide. Letih nak cari lagi, rs ok je, terus booking.

- confirmation of photographer
Saya dapat dlm 6/7 quotation jugak for photographer. Beberapa perbualan telefon, last2 sy buat appointment dgn 3 photographer, plan jumpa kat mamak BK5, nak tgk hasil kerja dorang & jumpa orgnya ( kena tgk jugak boleh masuk ke tak dgn orgnya). Baru nak jumpa photographer ke 2, sy dah rs sgt penat (time tu pun tgh busy) so sy decide, kalau dia ni ok, sy booking je. So, perjumpaan tu berjalan lancar, sy rs confident, pakej pun ok n trus decide to appoint.

- confirmation of canopy supplier.
Mulanya sy dpt supplier from KL tp last minutes b4 booking supplier tu abg ipar inform beberapa supplier kat kg yg setanding tp harga lebih murah. So, sy study sikit n decide supplier ni yg biasa dgn my aunty. Kira oklah, track record tu harap2 memberikan hasil yg baik.

Note : Booking mak andam, photographer & canopy/ venue ni dlm tempoh 6 bulan sblm wedding if wedding pulak time cuti sekolah/ hot date mmg dah lambat sebenarnya. Beberapa supplier yg sy contact dah tak free even time tu kita rasa banyak masa lg. So yg plan nak kawin tu please watch out ok P

:: Ogos ::
- prepare untuk apply kebenaran nikah.
Ambik borang kat Pejabat Agama Islam Daerah Gombak kat Keramat and tanya sedikit sebanyak prosedur yg perlu diikuti. Buat HIV test kat Klinik Komuniti Petaling (klinik kerajaan je boleh buat test ni utk nikah). Rasanya bertahun tak jejak kaki ke Klinik Kerajaan, insaf la jugak tgk org ramai beratur panjang nak dptkan rawatan. Selama ni pergi klinik swasta, selesa, kejap je dah dpt jumpa doktor.

:: September ::
- proses mendapatkan kebenaran nikah.
Proses ni bukan mudah rupanya. JAIS punya requirement macam2. Tambah susah bila alamat IC sy di Pahang dan apply nikah pula di Selangor. Urusan mendapatkan pengesahan pelbagai pihak bagaimanapun alhamdulillah dipermudahkan apabila salah seorg saksi status bujang sy biasa dengan pihak masjid. Cuma segan juga menyusahkan hardi & bob yg terpaksa kesana kesini untuk menyelesaikan urusan sy. Thank you very much hardi & bob. Semlm, sy ke JAIS di Shah Alam utk mendapatkan kebenaran rasmi dan alhamdulillah, urusan tersebut selesai. Kini sy menyerahkan surat kebenaran sy kepada pihak perempuan untuk urusan selanjutnya.

- senarai jemputan.
Saya mula menyenaraikan jemputan2 yg bakal dijemput untuk anggaran kad jemputan yang perlu sy tempah. Ni pun susah juga, takut2 ada pulak yg tertinggal dan berkecil hati esp yg rajin bertanya tu...hmmm. Dengan senarai ni pun, balik raya nnti sy boleh berbincang dengan keluarga utk anggaran makanan dan lain2 perkara untuk disesuaikan dgn bajet. Maklumlah ekonomi nmpknya kurang baik & sy pun tidak mahu membazir. Cukuplah majlis yg sederhana tp dimeriahkan dengan kehadiran keluarga, saudara mara & sahabat handai. Sehabis boleh sy ingin menjemput seramai mungkin terutamanya org2 yg sentiasa berada disisi sy hujan/ panas, susah/ senang tp senarai akhir semestinya akan sy fikirkan sewaktu 8 hari cuti aidilfitri nanti.

- tempahan kad.
Saya telah survey di internet dan beberapa kedai, akhirnya sy memilih menempah kad jemputan di Jalan Brunei (berhampiran Times Square). Harga kad disini tidaklah begitu murah, tetapi faktor lokasi yg dekat dgn pejabat sy dan harga yg dalam bajet sudah memadai. Memang pening utk membuat pilihan, akhirnya kami menggabungkan design beberapa kad untuk disatukan dlm kad kami. Selepas aidilfitri nanti, kami akan kembali utk melihat 1st artwork. Sy menjangkakan proses merekabentuk kad ini juga pasti mengambil masa tetapi sy berharap kerja2 printing akan siap pada awal November.

Buat masa ini selain perkara-perkara besar, beberapa perancangan kecilan turut difikirkan.........hmmm....sy berharap tiada apa yg akan tertinggal. Insyaallah, jika ada masa sy akan mengupdate lg perkembangan persiapan sy nanti.

Lagu Nur Kasih ni dah lama tp antara lagu nasyid yg tetap sy gemari n now nampaknya its relevant hehhheh......

Nur Kasih
Album : Damba Kasih
Munsyid : In-Team

Bagaikan permata di celahan kaca
Kedipnya sukar untuk dibezakan
Kepada-Mu Tuhan ku pasrah harapan
Moga tak tersalah pilihan

Nur Kasih Mu mendamai di kalbu
Jernih setulus tadahan doaku
Rahmati daku dan permintaanku
Untuk bertemu di dalam restu

Kurniakan daku serikandi
Penyejuk di mata penawar di hati
Di dunia dialah penyeri
Di syurga menanti… dia bidadari

Kekasih sejati teman yang berbudi
Kasihnya bukan ketepaksaan
Bukan jua kerana keduniaan
Mekar hidup disiram Nur Kasih

Ya Allah…
Kurniakanlah kami
Isteri dan zuriat yang soleh
Sebagai penyejuk mata

Kurniakan daku serikandi
Penyejuk di mata penawar di hati
Di dunia dialah penyeri
Di syuga menanti… dia bidadari

Kekasih sejati teman yang berbudi
Kasihnya bukan keterpaksaan
Bukan jua kerana dunia
Mekar hidup ini disirami Nur Kasih

Di tangan-Mu Tuhan ku sandar impian
Penentu jodoh pertemuan
Seandai dirinya tercipta untukku
Relaku menjadi miliknya…

Tuesday, September 16, 2008

Sedar tak sedar, 15 hari telah berlalu dan Ramadan kini memasuki separuh ke 2. Tahun ni, mengira hari berpuasa lebih mudah kerana sama dengan tarikh masihi. Hari ini 16 Sept 2008M bersamaan 16 Ramadan 1429H bermakna hari ke 16 umat Islam berpuasa.

Berpuashati dengan ibadat & penghayatan Ramadan setakat ini? Mungkin agak sukar untuk kita menjawabnya. Bagi saya, diuji dengan cabaran kesihatan, saya berdoa semoga dpt menyelesaikan Ramadan ini sebaiknya, semampu saya.

Ramadan mungkin waktu pesta makan2 yg paling meriah yg ditunggu2 ramai. Sana sini Pasar Ramadan, majlis berbuka puasa & macam2 lagi. Tahun ni, setakat ni, berbuka puasa sy masih biasa2 aje. Paling penting dpt kurma & nasi, sudah mencukupi. Berbuka puasa diluar, selain di Tabung Haji (in case x sempat balik), setakat ni br 2 kali. Itu pun berbuka dgn kwn2 lama di Pavilion dan Majlis Berbuka Bersama Media & Anak Yatim. Sehabis boleh sy mmg mengelak sgt nak berbuka diluar, rasanya berbuka di rumah lebih selesa & mudah.

:: Berbuka @ Pavilion ::

Kwn2 kebanyakkannya dah berkeluarga, sibuk dgn kerja & anak, jarang sgt kami dpt jumpa. Bila Reena email & ajak berbuka ramai2, mmg teringin jugak nak joint coz kami semua dulu mmg kamceng tp skrg sethn sekali pun blum tentu jumpa. Kami makan kat Madam Kwan n hampir semua ambik menu Nasi Bojari....senang, pas tu pakat2 makan guna tangan...hehheh. Habis sessi kat Pavilion, geng lelaki terus ngn sidang teh tarik kat LOTUS, yg ibu2 terus pulang...maklumlah anak & suami dah tunggu kat rumah.

Tak ramai yg joint tp dpt jumpa seramai 9 org ni n update pasai masing2 pun dh cukup baik...insyaallah, ada rezeki kami cadang nak buat reunion dgn family masing2 lak pas ni. Family??? Insyaallah.

Buat Reen yg dah nak fly jumaat ni for futher study kat London...good luck. Moga cita2 ko nak bwk balik CFA & baby termakbul....amin P


:: Majlis Berbuka Bersama Media & Anak Yatim ::

Majlis ni majlis company. Dah 4 tahun kena bertugas so no prob...layan je. This year menunya kureng membuka selera. Entah apa yg disuap, sedar2 dah full tp tak rs puas...rsnya beli nasi bungkus n mkn kat rumah lg best hehheh. Apapun alhamdulillah...


All pics guna camera handphone je. Malas nak bwk digicam skrg ni. Apapun semua pics tu consider ok lah kan.

Tuesday, September 02, 2008

Hari ni mak celebrate her 61st birthday. Kalau ayah masih ada, hari ni jugak birthday ayah ke 68. Mak & ayah berkongsi birthday, cuma dijarakkan dengan beza ayah lebih tua 7 tahun. Malam td sebelum gerak balik ke KL lepas tarawikh, awal2 lagi dah wish happy birthday pada mak. Tahun ni hadiah birthday mak dari kami lebih istimewa, sgt besar tp sebesar mana pun tak dapat menandingi besarnya kasih sayang dan jasa mak melahir dan membesarkan kami.

Dalam family kami, selain mak & ayah berkongsi birthday, hampir semua my adik beradik pun ada partner masing2 untuk birthday. Kakak sulung dan abang (anak kedua) kongsi birthday sama pada 6 disember, selepas tu my kakak kembar (14 April) dan saya & adik just selang sehari, saya 22 disember dan dia 23 disember. Cuma abang (anak ke 5) je takde geng coz birthday dia 30 mei.....unik? biasa je.

hmmm....malas nak mengarut lagi. Sempena birthday mak ni, harap2 mak sihat sejahtera, terus dipanjangkan umur & dimurahkan rezeki. Al-fatihah buat arwah ayah.