Tuesday, September 02, 2008

Hari ni mak celebrate her 61st birthday. Kalau ayah masih ada, hari ni jugak birthday ayah ke 68. Mak & ayah berkongsi birthday, cuma dijarakkan dengan beza ayah lebih tua 7 tahun. Malam td sebelum gerak balik ke KL lepas tarawikh, awal2 lagi dah wish happy birthday pada mak. Tahun ni hadiah birthday mak dari kami lebih istimewa, sgt besar tp sebesar mana pun tak dapat menandingi besarnya kasih sayang dan jasa mak melahir dan membesarkan kami.

Dalam family kami, selain mak & ayah berkongsi birthday, hampir semua my adik beradik pun ada partner masing2 untuk birthday. Kakak sulung dan abang (anak kedua) kongsi birthday sama pada 6 disember, selepas tu my kakak kembar (14 April) dan saya & adik just selang sehari, saya 22 disember dan dia 23 disember. Cuma abang (anak ke 5) je takde geng coz birthday dia 30 mei.....unik? biasa je.

hmmm....malas nak mengarut lagi. Sempena birthday mak ni, harap2 mak sihat sejahtera, terus dipanjangkan umur & dimurahkan rezeki. Al-fatihah buat arwah ayah.

0 Comments:

Post a Comment