Friday, August 29, 2008

Now hari- hari terakhir syaaban sebelum ramadan menjelma isnin nanti. Banyak benda nak disetelkan dgn harapan bole la berpuasa dgn tenang.

.makan.
Dalam seminggu ni, keghairahan makan begitu meluap-luap hehheh....cam kemaruk gila, segala benda nak ditelan....camlah puasa sebulan tu non stop takde masa berbuka. Dah lama tak buat perangai....everyday complete meals ambik semuanya heavy2 belaka. 2 hari lepas, blk dr gym, trus melepak kat LOTUS, pas roti banjir, order rojak, pas rojak order pulak mee goreng mamak. Semalam, pas nasi kandar, g Mac'D order McFlurry, balik beli pulak nasi lemak ayam rempah hmmm....

This week jugak Geng KoBaw-KoBay (Ko Bawak Ko Bayor) dah memulakan rotation baru. Program ni kami dah mulakan lebih kurang 3 tahun lepas. Idea datang lepas masing2 dah boring nak lunch kat kawasan opis. Modus Operandinya mudah je..gilir2 start from faizal, me, im, neb & yusman kena bawak/ recommend tmpt makan baru/sedap...sapa punya turn, dia bayar la. Kami g pun tmpt2 biasa je, takde la nak kenakan member kena byr mahal2 (unless tuan punya turn bermurah hati, lain cerita). So this time kami pekena ikan bakar kat Bellamy (belakang istana negara)...siok, tambah2 dpt sotong bakar & air mata kucing. Korum sekarang tak cukup coz Im now dah based kat S'pore, tp tmpt dia kami tetap reserved in case 1 day dia balik ke KL and nak joint semula.

Hari ni pas keje balik kg, nak sambut ramadan ngn family. Of course, sessi makan2 tak hingat tu berlarutan la till 1 Ramadan. Takpe, sebulan puasa bole cover balik mentedarah tu hehehh.

. baju melayu .

Ketibaan Ramadan juga bermaksud stok2 baju melayu akan fully utilised. Stok baju melayu tu takde la banyak, dlm 8 - 9 helai/pasang je, tu pun coz bj2 lama cam sepasang melayu yg arwah ayah bagi tahun 1997 pun ada lg. Bulan Ramadan biasanya ms g tarawikh br la baju2 melayu ni pakai balik. Jarang sgt nak berbaju melayu kalau time2 biasa, hari kerja, hampir complete semua waktu, solat kat luar kecuali subuh ( so solat pakai bj opis je la).

Malam td ms nak kemas beg, cr bj melayu nak bwk balik kg (maybe 1st tarawikh kat kg la if isnin start puasa), tgk baju2 nih, setiap satu mengingatkan kenangan2 lama....dah start part sedih plak hehhhe. Macam baju melayu purple tuh, arwah ayah bg kainnya complete ngn kain pelikat sedondon. Baju melayu hitam pulak tempah dlm tahun 2000 untuk konvo diploma...hmm bila diingat2 really miss la those days. Baju yg lain2 tu pun ada history nya sendiri...tetap segar dilipatan kenangan, nak cerita panjang...cukup jelah buat masa nih.

Oklah, buat semua muslimin & muslimat:

Selamat menunaikan ibadah puasa, moga kita mendapat rahmat dibulan yg mulia ni. Insyaallah.


Sunday, August 24, 2008

Sebagai penutup majlis kenduri kahwin cuti sekolah ni, 2 jemputan alhamdulillah dapat dipenuhi. Mujur dua-dua dekat je.

1. Event : Haniss Wedding
Venue : Gombak
Date : 23/8/08 (Lunch)
Pics wedding haniss ni guna camera handphone je. Bergegas smpai lupa bwk digicam. Macam2 hal nak setel hr ni so gerak dr rumah dah pukul 2 lebih, MRR2 jam plak...rs cam nak give up je separuh jalan tp call kak su berjaya menyelamatkan.
TO HANISS & AZRI - SELAMAT PENGANTIN BARU.

2. Event : Irfan Wedding
Venue : Concorde, Shah Alam
Date : 23/8/08 (Dinner)
Bergegas ke Shah Alam pas lmbt smpai rumah from wedding haniss. Masa kawan2 sms inform dorang dah sampai kat concorde, i just start gosok baju, papun sampai kat sana kira awal gak la...dewan kosong lg time tu. Wedding semi formal yg begitu menyenangkan... selesa boleh bergerak bebas n geng satu meja satu kepala, huha huha sedar2 majlis dah habis.
IPERE & NURUL....CONGRATE & ALL THE BEST.




* my cybershot dah makin nazak....sedih, byk pics yg kureng...jula dh start survey DSLR...hmmm perlu ke nih? papun i will blasah my cybershot till titisan yg terakhir dulu :P

Tuesday, August 19, 2008

Malique back with this amazing song Mantera Beradu (ft. M. Nasir). I listen to this song and the lyric....again and again, maybe it takes time to understand but finally i agree this is a very good song....a very good composition....as good as "Alhamdulillah".

Malique ft. M.Nasir - Mantera Beradu


Latar) Masih belum sempurna

(M. Nasir) Gerakkan hati
hati gerakkan
pandanglah aku
akulah dia

(Malique) Kulitku tebal ku bebal ingatku kebal
banyak berbual makan angin kembung perut mual
resah dan tidak senang hidup tak pernah lenang
ku schizo paranoia1 takut pecah tembelang

(M. Nasir) Pecah tembelang
peta dah hilang
bangau dah pulang
suara sumbang

(Malique) Lidahku kaku tak selicin kuku
teman baikku buku
biniku pena tak pernah lena
aku suka mengintai pantang ditenung
berakhir pertelingkahan dalaman pasti belum

Ikut gerak hati pena melayang
dilihat dua layang pandang
taklah segarang takat meradang
tanya abang gedang apa barang
badan macam badang
main acap belakang parang

Hunuskan keris musuh ada pistol
tradisi kekalkan adaptasi harus betul
tujuh baris keramat tujuh garis penamat
baik berpada biar jahat asal selamat

(Latar) Ramai saudaraku yang baik telah dipijak

(M. Nasir) Awan mendung yang berarak
bawa tangis bawa resah
rebah rindu yang terkumpul
semua jerat dan kalimat
semua janji yang terikat
lebur di sisimu

(Malique) Ijazah terbaik datangnya dari jalanan
dari pengalaman bercakar dan bersalaman
konflik motivasi cuba meditasi
positif yang benci jadi inspirasi pagi

Peduli interpretasi basi
pekakkan sebelah halang biar keduanya
muka cantik soalan bodoh yang ditanya
jadi melodi yang lebih hina dari zina

Lu bikin dosa ku bikin prosa
testosteron2 testarossa3
cita-cita sosa4 KL KL Cosa Nostra5
jalan berliku kuharung roller coaster
gah sentosa tiada penyesalan
luas pandangan jauh dah berjalan
tak sempurna masih ada kejanggalan
gagal merancang, merancang kegagalan

(M. Nasir) Awan mendung yang berarak
bawa tangis bawa resah
rebah rindu yang terkumpul
semua jerat dan kalimat
semua janji yang terikat
lebur di sisimu

Kucing bawa tidur rimau bawa ngigau
masuk tempat orang bawa otak bukan pisau

(Malique) Naik bukit angkuh cakap ayah jangan risau
turun bukit pucat dengar tiga miau
kucing bawa tidur rimau bawa ngigau
masuk tempat orang bawa otak bukan pisau

Tolak pintu gua tiga kerat tenaga
kosong tak dijaga sampai datang tiga naga
ingat nak berlaga tapi takkan boleh menang
menang dengan otak tak mesti dengan pedang

Sebelum jadi naga ikan koi renang renang
kura-kura salah jawapan untuk naik berang
panggil lima kawan atau biar pergi laju
risaukan perkara temeh kita takkan maju

Muka sama hijau hati siapa tahu
merah dah menyala pasti mati siapa mahu
gagap tiga kali bercakap benar saja
bulan terang ramai yang keluar buat kerja

(Malique & M. Nasir) Panjat pokok buluh cari tokong air terjun
naik sampai nampak dah terpegun turun
tiga ular ikut lompat atau paut
kalau lari mati jika belot maut

(M. Nasir) Awan mendung yang berarak
bawa tangis bawa resah
rebah rindu yang terkumpul
semua jerat dan kalimat
semua janji yang terikat
lebur di sisimu

Puisi hatimu
hatimu puisi
palu hatiku
palu hatiku

(Malique) Kulit tak bersalin walau saling ganti baju
pandang sini pandang sinisku berbahasa baku
tata kata nahu himpun jadi satu
mantera beradu dengan irama dan lagu

(Latar) Akhirnya sempurna


CATATAN
1- Schizo - Versi ringkas schizophrenia, sejenis penyakit mental. Paranoia atau ketakutan melampau adalah salah satu simptom penyakit ini.
2- Testosteron - Hormon biologi dihasilkan manusia/haiwan. Biasanya dikaitkan sebagai penghasil ciri kelelakian/kejantanan.
3- Testarossa - Salah satu jenama kereta Ferrari
4- Cosa Nostra - Nama lain bagi Mafia, kumpulan penjenayah rahsia bermula di Pulau Sicily yang kini di seluruh dunia.

Credit : Lagu Top Masa Kini

Sunday, August 17, 2008

Semlm hr pertama cuti sekolah, so musim kenduri pun bermula. Untuk weekend ni je patutnya ada 4 kenduri tp tak dpt pun nak attend semua.

1. Event : Ezmir Adha Malik Wedding
Venue : Kampung Pengantin, Jalan Ampang KL
Date : 15/8/08 (Dinner)
Note : Tak hadir coz keadaan tak mengizinkan. Ingat balik umh pas keje sempat balik amik kete, tup2 jalan jam giler. So, selamat pengantin baru. Dorang ni nikah tarikh idaman ramai 08.08.08 (entry before this with title 08.08.08 takde kaitan dengan dorang yek...serius).


2. Event : Duan Wedding
Venue : Air Keroh, Melaka
Date : 16/8/08 (Lunch)
Note : Kategori WAJIB HADIR. My roommate TS/B 218, Kolej Tasik, UiTM Dungun wedding. 2 tahun dok sebilik, my best roommate...tak tau camne kitaorg ni bole kamcing padahal bukan 1 course, perangai lain sgt. Kwn itm pertama dtg my kampung slps berjaya dgn segment 'kezutannya'.Bertahun plan kalau duan kawin sanggup dtg ke KT tp tak dpt coz next week ada wedding lain so dtg umh pompuan je la. Duan now dgn profession tukang masaknya kat JB, S'pore & Batam hehhhe berjaya dpt my full mark coz makanan kenduri dia ni, dia masak sendiri n sedap giler...memang mkn tak hingat la. Duan & Anies....selamat pengantin baru, cepat2 dpt baby....dtg KL jgn lupa calling2 la. Duan, after 11 tahun kita kwn, today, u make me proud of you.

3. Event : Asyrul Daughter Akikah
Venue : Kota Damansara
Date : 16/8/08 (Lunch)
Note : Tak dtg. Sampai dr Melaka dah dekat pukul 6...penat, nak siap2 keluar balik. Lias & Hassan lepak kat rumah jap before kitaorg gerak ke KL. Sorry Asyrul & thanks for e invitation, segan nak contact ko...nntila aku belanja gulai kawah kat CELCOM ek.


3. Event : Haniz Wedding
Venue : Dewan Tun Rahah, Jalan Bukit Bintang
Date : 16/8/08 (Dinner)
Note : Reception dlm kelasnya yg tersendiri....hmmm knowing haniz, EXPECTED. Sebab majlis formal so mls nak sibuk2 snap pics sgt. Gambor pengantin pun amik dr jauh je n dgn my SONY CYBERSHOT yang comel tu hasilnya pun camtu je la. Makanan from Restoran Sri Melayu...SEDAP. Haniz & Ariefah...Selamat Pengantin Baru...Moga Berbahagia Ke Akhir Hayat.

4. Event : Aimi & Zahrin Bertandang
Venue : Melaka
Date : 17/8/08 (Lunch)
Note : Tak pergi. Last week dah g kat Temerloh, tak larat nak g Melaka balik hari ni. Btw, my brother ada wakil my family...kira ok la tu.


5. Event : Visit Arissya El Zahra Binti Azharuddin
Venue : Sri Manja
Date : 17/8/08 (Petang sampai ke malam)
Note : After 27 days br dpt jenguk din 1st daughter ni. Comel! moga jd anak yg solehah ok.

Selain tu, congrate jugak untuk Ijam yang baru dpt baby boy hr jumaat hari tu, ingat nak visit hr ni, dorang dah balik kg...maybe raya nnti la jumpa kat kg.

To Johan & Farah (our ex practical trainee), selamat bertunang semlm. Dorang ni couple pertama praktikal kat dept kami.

Hmmm...next week so far ada 2 wedding lagi, i'll try my best to attend n hope keadaan mengizinkan. Selain dituntut memenuhi jemputan org, semestinya i want to share the happiness of my friends on their big day....right now, what can i say...lot of thanks for inviting me guys.

Thursday, August 14, 2008

Demi MASA

Kita biasa dengar, "Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihat supaya menatapi kesabaran.""....Surah al-Ashr ayat 1 - 3.

Dari situ kita biasa dengar tentang rebutlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara. Salah satunya "rebutlah masa sihat sebelum datangnya sakit". Semalam, MC half day lepas kepala pening sgt2....nak berdiri rasa berputar2 seluruh alam. Mujur check up takde apa2 yg serius just kadang2 sistem badan kita ni ada time tak stabil.

Masa tgh tersadai kat rumah tu mmg rs azab sgt....tiap kali nak bangun/ bergerak/ berpaling rasa nak terkeluar isi perut....tiap kali tulah automatik mulut beristifar. Terfikir jugak, kalau la aku takleh bangun dah pas ni camne yek? Dalam kepala macam2 fikir, macam2 benda nak buat, ada yg dah plan nak buat tak dpt buat coz tak larat....masa tu la rs berharganya nikmat kesihatan ni. Ada duit, ada masa tp badan tak fit...semuanya tak berguna. Hmmmm...mmg rasa insaf la kejap.

Alhamdulillah, walaupun tak full recover tp dpt la start keje balik hari ni. MC smlm dah kira my 3rd MC dlm tempoh 6 tahun kerja kat sini...erm..not bad tp this is the 2nd for this yr...alamak!!! mungkin faktor usia kot....sighs. Baru 3 MC tak bermakna sihat manjang selama mana yg tak MC tu tapi kalau sakit sikit2 tu biasala, bole la ignore. Mlm td ms nak simpan ubat kat fridge tgk stock ubat mmg dah byk....cemas la jugak.....mintak2 ALLAH terus la kurniakan kesihatan yg baik kepada hambanya ni (juga buat mak, my love, families, friends & seluruh muslimin muslimat)...insyaallah, amin.

Tuesday, August 12, 2008

This is the first my Pakcik Din daughter wedding. Pakcik Din is my late father youngest brother. Even dah hampir 10 thn ayah pergi, hubungan keluarga kami & Pakcik Din sekeluarga tetap rapat. Setiap kali raya, Pakcik Din sekeluarga dari Temerloh tak pernah lupa menjenguk kami.

Masa Aimi bertunang kami sekeluarga luangkan masa datang, bila tiba hari kahwinnya mak dah awai2 lagi inform suruh balik and joint yg lain2 ke Temerloh. Mulanya kami bercadang nak balik lebih awal tp disebabkan terlalu banyak urusan di rumah kami cuma balik pd hari langsungnya. Apa yg pasti, kami sekeluarga hadir n korum my family kat wedding ni lebih dari berkumpulnya kami time raya....seronok dpt berkumpul ramai2 n makan lauk kenduri kg ni. Kalau kat KL, dah bole agak lauk pauknya tp kat kg masakan tu berbeza so mmg puas.

Oklah, to aimi n suami.....SeLAMat PenGAntiN BaRU.....moga berbahagia selalu.

Friday, August 08, 2008

08.08.08

hmmm.......a very good (dibaca sbg cantik) date but not significant to me.

Nothing special today, just setelah sekian lama, hari ni sampai opis b4 8, gi breakfast ngn geng2 lama yg sejak masuk kul 9 tak breakfast ngan dorang n taip blog jap b4 start keje. Hari ni kena dtg awal coz drive n cadang from opis ptg nnti nak terus balik kg, hope bole sampai awal nak tgk opening Olympic Beijing hehe.

official logo

Beijing National Stadium a.k.a "Bird Nest" tempat opening pukul 8 malam ni.

08.08.08, so hari ni ramai la yg kahwin esp Chinese, yg melayu pun ramai gak berebut tarikh ni & ramai gak yg tak dapat. Memang tarikh cantik but for me tak penting pun semua tu. Ada my friend cerita, kawan dia nikah pagi ni pukul 8 pagi....hmmm perlu ke? kesian tok kadi kena dtg awai, pengantin pulak pas subuh dah kena bersiap, mak andam kena sampai rumah pengantin b4 subuh bla bla bla.... Macam2 ragam, papun lantaklah...asal korang bahagia :P

Sunday, August 03, 2008

Ha...nmpknya mmg blog nih tgh sakit....pas taip kena trus publish, tak leh nak edit, nak attach pic ke apa2...bosan la. Oh ye...sebut pasai sakit, my other half still admitted start khamis lepas...my dear...hope u'll getting well soon ok...muahhahhh.

Sedar x sedar, 31 July hari tu dah genap setahun menetap kat my apartment nih...amazingly, how fast time flies. Alhamdulillah, makin selesa dok kat sini...even bukannya ada kat umh sgt pun. So far, takde plan nak buat apa2 major change, cuma ingat nak beli beberapa 'benda' tambahan untuk menyempitkan lg rumah yg comei nih..heheh. Tapi, skrg nih keupayaan mengekang nafsu tersebut masih kuat lagi tambah2 memikirkan alangkah baiknya duit tersebut dijimatkan untuk keperluan yg lebih penting lagi...contohnya....hmm, hmmmm & hmmmmmmmmm.Tambah2 tgk keadaan ekonomi tgh tak stabil (keadaan politik lg la dahsyat), kena insap sket....

Kat blog nih, i never have any intention to comment about politic, esp current Malaysia politic situation....cukup la blog2 politik yg macam2 tu, i really wish semuanya akan segera ok n 'they' can focus to perkara2 yg bermanfaat utk rakyat, agama, bangsa n negara. Sejak pilihanraya MAC hari tu, i rather less watching berita, baca paper than rasa sakit hati n confuse dlm keadaan yang 'kalut lagi mengarut'tuh. Dalam 2, 3 hari ni ada gak belek beria-ria newspaper n satu hal yg rasa geram tu about 'KENAIKKAN TAMBANG BAS'(ha...dah cakap dah, bukak je paper, mesti ada benda sakit hati punya la yg relate gak ngan politik).

I really taknak citer pasai politik or involve dlm kutuk2 org kat blog tp rasanya tak leh tahan n nak gak share my opinion about kenaikkan tambang bas tu. For me la (maybe lain org lain pendapat dia), lepas harga minyak naik hari tu, 'kita semua' dah terbeban ngn kos sara hidup yg meningkat, inflasi naik gila2...tup2 pak menteri ni boleh lak announce nak approved kenaikkan tambang bas tp maybe tak 100%. Dia ingat ngn jaminan bukan 100% tu bole buat org lega agaknya.

I not one of pengguna pengangkutan awam coz still tak leh terima 'cekapnya' pengangkutan awam kat malaysia ni tp tak bermakna i tak amik peduli. Lebih 50% pengguna pengangkutan awam esp bas datangnya dari golongan berpendapatan rendah. Dorang ni bukannya jenis yang suka2 nak naik bas aka pengangkutan awam kalau tak sebab terpaksa, sebab tak mampu nak ada kenderaan sendiri. If tambang bas naik, dorang takkan boikot, dorang akan tetap naik bas jugak sbb tu jelah pilihan yg ada...bayangkanlah dgn harga barang naik, ramai yg tercekik, tambang lak naik....cukup menyedihkan. Org yg berkepentingan nih bole lak announce nak naikkan masa time raya nanti.Apalah org2 yg diberi amanah rakyat ni pikir agaknya...mungkin dorang lupa susahnya/ tak selesanya naik bas tu...ngan tambang mahal lagi, takkan nak kuar statement 'rakyat kena ubah cara hidup' lagi kot....lifestyle apalah yg dorang ni ada. Nilah masalahnya bila pengangkutan awam diswastakan....kerajaan sepatutnya have full control benda2 berkepentingan awam ni supaya tak kena 'ugut' ngn pengusaha2 bas cam skrg.

Sayang betul, dlm keadaan yg mencabar ni..kerajaan sepatutnya tunjukkan prihatinnya mereka pada rakyat n sanggup buat apa je utk rakyat esp golongan berpendapatan rendah. Gunakanlah funds yg ada tu nak cover position rakyat, try avoid keadaan yg makin menekan kewangan rakyat.

Kepala ni tiba2 menggeleng ke kiri kanan pas baca pulak pasai G announce nak turunkan harga minyak SEPT nnti...bagus la nak turun, tp pas ni pa lagi. Naik balik ke? S'pore sejak kita naikkan harga minyak dah brapa kali dah turunkan. Dah la kita hari tu naikkan minyak gila2 ngn notis kurang 24 jam pas tu nak turun pulak bg notis sebulan...berani turunkan la dalam masa 24 jam gak...hah! Tengok aspek ni pun dah merisaukan, tak tau la benda2 lain..betul2 ke dorang buat keputusan2 ekonomi nih (sape la penasihat2 ekonomi yg menyedihkan tu agaknya...tanpa mahu menuding jari pada sesiapa).

p/s : i'm not penyokong mana2 pihak...yang tak betul tetap tak betul. I know, dimana bumi dipijak, disitu langit dijunjung. Now i talk as a Malaysian.

Tak tau la kenapa...nak kata streamyx tak ok, most of the webpages boleh surf just nmpk cam gmail n blog je yg susah sgt nak masuk. Blog ni pun dah brapa kali dah try update tp still out...penat je menaip pas tu hilang...sighssssssssssssssssss