Tuesday, September 16, 2008

Sedar tak sedar, 15 hari telah berlalu dan Ramadan kini memasuki separuh ke 2. Tahun ni, mengira hari berpuasa lebih mudah kerana sama dengan tarikh masihi. Hari ini 16 Sept 2008M bersamaan 16 Ramadan 1429H bermakna hari ke 16 umat Islam berpuasa.

Berpuashati dengan ibadat & penghayatan Ramadan setakat ini? Mungkin agak sukar untuk kita menjawabnya. Bagi saya, diuji dengan cabaran kesihatan, saya berdoa semoga dpt menyelesaikan Ramadan ini sebaiknya, semampu saya.

Ramadan mungkin waktu pesta makan2 yg paling meriah yg ditunggu2 ramai. Sana sini Pasar Ramadan, majlis berbuka puasa & macam2 lagi. Tahun ni, setakat ni, berbuka puasa sy masih biasa2 aje. Paling penting dpt kurma & nasi, sudah mencukupi. Berbuka puasa diluar, selain di Tabung Haji (in case x sempat balik), setakat ni br 2 kali. Itu pun berbuka dgn kwn2 lama di Pavilion dan Majlis Berbuka Bersama Media & Anak Yatim. Sehabis boleh sy mmg mengelak sgt nak berbuka diluar, rasanya berbuka di rumah lebih selesa & mudah.

:: Berbuka @ Pavilion ::

Kwn2 kebanyakkannya dah berkeluarga, sibuk dgn kerja & anak, jarang sgt kami dpt jumpa. Bila Reena email & ajak berbuka ramai2, mmg teringin jugak nak joint coz kami semua dulu mmg kamceng tp skrg sethn sekali pun blum tentu jumpa. Kami makan kat Madam Kwan n hampir semua ambik menu Nasi Bojari....senang, pas tu pakat2 makan guna tangan...hehheh. Habis sessi kat Pavilion, geng lelaki terus ngn sidang teh tarik kat LOTUS, yg ibu2 terus pulang...maklumlah anak & suami dah tunggu kat rumah.

Tak ramai yg joint tp dpt jumpa seramai 9 org ni n update pasai masing2 pun dh cukup baik...insyaallah, ada rezeki kami cadang nak buat reunion dgn family masing2 lak pas ni. Family??? Insyaallah.

Buat Reen yg dah nak fly jumaat ni for futher study kat London...good luck. Moga cita2 ko nak bwk balik CFA & baby termakbul....amin P


:: Majlis Berbuka Bersama Media & Anak Yatim ::

Majlis ni majlis company. Dah 4 tahun kena bertugas so no prob...layan je. This year menunya kureng membuka selera. Entah apa yg disuap, sedar2 dah full tp tak rs puas...rsnya beli nasi bungkus n mkn kat rumah lg best hehheh. Apapun alhamdulillah...


All pics guna camera handphone je. Malas nak bwk digicam skrg ni. Apapun semua pics tu consider ok lah kan.

0 Comments:

Post a Comment