Sunday, December 07, 2008

Saya dah smpai di kg malam td untuk celebrate aidiladha esok. Aidiladha...biasalah, takde la nak beraya sakan...sy pun smpai lupa bwk balik songkok....tak ingat nak beraya... tp mlm ni, family sy siap juga masak rendang ayam, kerutup daging, kuah kacang, nasi himpit, sup tulang, prepare bahan2 soto utk esok, lontong, beli lemang dan beberapa jenis kuih raya....hmm....cam raya sakan jugak la. Bila sy tanya, jawab dorang....dah namanya raya.

Sy tgh organize gambar2 yg berterabur, br perasan ada gambar2 yg sy belum upload n cerita. So, sy nak start dgn treasure hunt yg saya joint awal november dulu.

:: JOGHO STRIKE OUT (KL to LUMUT) ::

Treasure hunt ni kali yg ke 4 sy joint. Dari opis di Jalan Tun Razak, kami pernah gerak ke Ilham Resort PD (2003), Watercity Melaka (2005), Impian Resort Morib (2007) dan this yr ke Teluk Batik Resort Lumut. Sy just missed sewaktu treasure hunt ke Tekam Resort, Pahang (2004) disebabkan kesilapan teknikal yg tak perlu sy kenang.

Tahun ni nama kumpulan kami 'Jogho Strike Out'....konon2nya 'juara' la...hmm. Setiap kali joint, sy sentiasa bertukar teammates. Tahun ni dah jadi cam reunion pulak...sy team up balik dgn faizal (2003), emelia (2005) dan yusman (2007). Soalan kali ni paling senang, kami just salah satu soalan tp dapat no 4. Top 3 teams betul semua soalan n the tie breaker, organizer guna arrival time. Dpt no 4 tu pun kami dah hepi gile...kalah menang adat bertanding dan bukanlah faktor utama kami joint program ni...semestinya kami joint for fun (serius...bukan ayat cover huhu).

Lepas treasure hunt, malamnya dinner + karaoke, esoknya kami temankan faizal yg masuk pertandingan memancing pulak. After lunch, semua bersurai n gerak balik KL. This time treasure hunt, sy paling puashati tentang makan, maybe coz dekat dgn laut so kami mmg mewah disajikan dengan seafood...best. Yang paling penting, dengan bajet below RM100 kami dapt macam2....sgt berbaloi.

:: OBS LUMUT ::


6 tahun lepas, sy dgn batch mt 2002 ( + cfp) dalam 40 org pernah kena obs lumut ni selama 25 hari. Sampai sekarang, kenangan terindah 25 hari tu tak pernah kami lupa. Bila reunion, mmg cerita obs antara topic favourite. Rasanya bukan batch sy je, mungkin semua yg pernah ke obs kat mana sekali pun macam kami jugak.

Sebelum balik ke KL habis treasure hunt, kami singgah kejap kat obs lumut ni...tmpat ni dah berubah sikit...yelah dah 6 tahun...ada la bangunan2 baru dibina...apapun kenangan kat sini mmg tetap kuat dan sy masih teruja masa dtg ke sini. Buat kawan2 obs 2003, this song memori tercipta utk kamu semua...hehhe...bole?

Bergetar jiwa dipersada bercahaya
Pertemuan harapan pertama kalinya
Bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpi
Sukar dipercaya pintunya terbuka

Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa

Mengalun suara sesuri bisikan hati
Seiringan mencari haluan berseni
Bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpi
Tiada pun terduga pintunya terbuka

Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada ku lupa

Yang terpahit jua termanis
Semuanya bagiku terindah
Kuingati buat selama-lamanya

Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa

:: Sedekad Sepetang di PNB ::

Dah 10 tahun rupanya Kelab Kreatif dok buat "Sepetang di PNB". Program ala2 seni, budaya....macam2 ada...nyanyi, syair, sajak, lakonan etc selalunya dijoint oleh PNB and subsidiary. Sy sendiri even jd ahli Kelab Kreatif tak penah la pulak dioffer or mengoffer nak buat persembahan....rasanya dah 'berumur' ni bakat tu dah tumpul...cukuplah sy support dari jauh je. Datang n makan tiap kali program ni pun dah kira supportlah kan..hehhe.

Sepetang kali ni sempena 10 tahun penganjurannya dibuat sederhana tetapi tetap meriah...artis jemputan Azie, Syed Sobri, Ibnor Riza n Haziq AF. As usual, wakil2 PNB + subsidiaries + seniman2 pun ada la jugak. Paling sy suka persembahan staff kami, Kak Rohaida yg buat imbasan program selama 10 tahun ni....n tak bole lupa persembahan wakil UKM yg mintak kami menyanyi bersama dia....nyanyian kami semua tu 'hancur' tersgt hancur...senak perut gelak...heheh.

Semua edisi 'Sepetang di PNB' pastinya kenangan manis utk warga Kelab Kreatif. 10 tahun dah berlalu...tak tahu la lepas ni ada lagi ke tak program ni...kalau ada insyaallah sy pasti turut serta lagi n lagi....hope so.


:: Majlis Santapan Malam Seuntai Kasih Sejambak Budi ::

Program CSR ni utk Badan Amal Nur Zaharah dan Badan Amal Nur Hidayah. Kiranya collection melalui jualan meja dinner ni utk membiaya perbelanjaan 2 rumah kebajikan ni. Saya n geng pergi as wakil company. Company beli table as derma n kami dijemput hadir dinner yg turut disertai Yang Dipertuan Agong dan Permaisuri.

Hebat gak dinner amal ni...siap jemput Anuar Zain + Misha Omar as guest artis. Apapun as dinner amal + VVIP yg hadir so dinner ni tersgt formal. Makanan Hotel Istana mmg sy suka...sedap, layan pulak 5 lagu each penuh 'bunga-bunga cinta + jiwang karat' from AZ n MO...fush...indah sungguh mlm tu hhehhe. Paling best dpt dok dekat dgn meja VVIP.... Yang Dipertuan Agong dan Permaisuri ni sentiasa menjadi tumpuan sy.....pasangan merpati 2 sejoli kata org yg sgt sedap mata memandang.

Kesimpulannya...malam ini mmg mlm yg indah...beramal & berhibur....dalam kita bergembira, kita tak lupa insan2 yg kurang bernasib baik...insap.

:: Karnival Sukan 2008 ::

Penutup karnival sukan tahun ni kat Permata Petronas Bangi. Walaupun sy tak joint apa2 acara tahun ni (tarikh game slalu x ngam ngn jadual sy)...tp as Ketua Tingkat 33 for Rumah Zeta saya luangkan masa juga turut serta hari closing tu. Tambah pulak sy ni pemegang amanah stock + gift Kelab Sukan....kalau tak dtg rasanya AJK Induk sure perasan...kantoi plak kang.

Rumah saya, Rumah Zeta juara keseluruhan karnival sukan tahun ni. Sebelum hari penutup pun mmg kedudukan kami dah cukup selesa tp Rumah Omega yg ditempat kedua tetap mengejar hebat dan kaut banyak sgt emas acara2 hari penutup...cemas jugak kami dibuatnya. Apapun, dgn tambahan emas terakhir acara tarik tali akhirnya kami menang juga juara keseluruhan.

guna cam hp je...tak ingat nak bawak digicam

Majlis penutup diakhiri dgn acara perbarisan...seronoknya acara perbarisan ni coz setiap rumah buat mcm2 gimmick....lebih best dr zaman2 sekolah hehhe. Karnival sukan tahun depan rasanya mesti lebih fight...maklumlah...strategi2 dah terbongkar...kalau tahun ni rumah sy boleh dpt award rumah meeting paling banyak...agaknya tahun depan camne la pulak...kita tunggu dan lihat jelah.







Monday, December 01, 2008


Hari ni tiba turn sy for Kobaw Kobay. Byk kali dah postponed, last2 kami on jugak. Saya selalu makan kat Kedai Asam Pedas Sejati Melaka @ area Pandan ni dgn kawan2 opis + family so hari ni bila turn sy, sy bwk la dorang ni makan kat sini...sorang pun dari dorang ni tak penah dtg sini.

Bila kami confirm nak dtg, sy awal2 lg dah call Pakcik Karim tauke kedai ni order Ikan Tenggiri & Ikan Jenahak utk asam pedas + telur dadar + puyuh goreng + ikan masin + ulam2 + belacan + air tembikai. Bila kami smpai, tak la tunggu lama sgt.



Selain makan2, sy dan Neb amik peluang pas kad kahwin masing2. Insyaallah habis tahun ni all KoBaw KoBay members dah 'sold out' hehhe. Pas ni maybe kami boleh buat KoBaw KoBay besar-besaran pulak for all our family members.....tp kena la share fund kot, kalau tak kopak la..huhu.

Our next KoBaw KoBay turn Neb kami jadualkan hujung januari 2009...insyaallah...tgk la nanti.

Friday, November 28, 2008

Khutbah jumaat kita hari ini bertajuk "ayat-ayat cinta"....imam di Tabung Haji memulakan bicara sewaktu khutbah jumaat tghari td. Fulamak! cara (dibaca as cool) la tok imam ni. Khutbah tersebut yang berkisar tentang institusi perkahwinan agak menarik perhatian sy lebih-lebih lagi pd masa sekarang.... hehhe.


Saya teringat pada filem Ayat-Ayat Cinta (AAC) yang saya tonton sewaktu musim aidilfiri tempohari. Filem ini bg sy sgt bagus dan ada impak. Filem yang diadaptasi drpd novel hot selling Indon yg jugak bertajuk AAC rupanya mmg boom di Indon....malangnya filem ini gagal di Malaysia. Sy tak terkejut...selera org Malaysia susah dijangka, tambah2 jika promosi tidak dijalankan dgn baik. Saya sendiri tak perasan bila filem ini masuk ke panggung di Malaysia sedangkan sy boleh mengaku sy seorg kaki panggung.

Apapun, peminat2 novel AAC macam Zula tak berpuashati dgn AAC versi filem...adaptasi yg kurang tepat katanya. Saya pinjam novel tersebut dan kemudiannya sy faham kenapa ada yg tak berpuashati...sy sendiri berpendapat filem AAC mencacatkan 'kecantikan' AAC. Novel AAC karya yang indah, sy kagum dgn idea cemerlang penulis novel ini Habiburrahman El-Shirazy. Novel ini bukan novel cinta picisan tp ada unsur dakwah secara halus yg agak berbekas di hati sy walaupun sy tahu bukan mudah menjadi lelaki & suami sebaik Fahri. Sedikit sebanyak ada ilmu habluminannas dan rumahtangga yg sy kutip dr novel ini. Thanks Zula kerana pinjamkan sy novel ini.


moments menarik dari filem AAC

Sebagaimana AAC, aidilfitri lalu sy menonton juga di tv filem Qabil Khusry Qabil Iqam. Saya terkejut..filem ini juga bagus sebenarnya...sinematografinya superb, jalan cerita x membosankan (lupakan beberapa scene tak masuk akal etc) tp filem ini kalau tak salah saya juga gagal di pasaran. Mau nya tidak...promo berunsur hindustannya agak menjengkelkan...kalau lah promonya lebih baik, mungkin ada peluang filem ini berjaya. So, salah sapa kan?

Selingan : Kini 15 hari lagi menuju ke majlis perkahwinan sy. Persiapan masih dijalankan. Kad jemputan sudah 95% sy edarkan. 5% lagi sengaja sy tangguhkan atas sebab2 tertentu. Setiap malam selama lebih seminggu saya berusaha menyiapkan senarai jemputan kad tersebut, penuh meja makan sy dengan kad2 jemputan. Sewaktu proses penyerahan, sy sedar ada juga nama2 yg tercicir....ada yg berkecil hati, sy betul2 minta maaf, mana yg sy dpt cover sy cuba....mana yg tak...apakan daya...ermm susah juga.

Selepas kad diberi, banyak juga feedback yg sy dpt....ada yg begitu excited nak lihat sy 'berteman', ada yg maklumkan tak dpt hadir....dan ramai juga yg tanya kenapa tak buat di KL sama? Sebenarnya reception di KL antara option yg pernah sy fikirkan...tp sy nekad cukuplah 2 majlis di Perak & Pahang. Saya memperuntukkan bajet yg seadanya saja untuk perkahwinan saya....saya tidak mahu membazir, tidak mahu berhutang dan mahu kewangan saya 'sihat' apabila menjaga 'keluarga' saya nanti.

Sy menjemput dgn ikhlas dan terpulanglah....bg sy bukan hanya lokasi menjadi penentu, masa dan keadaan juga mungkin membataskan....mana mungkin sy mampu memenuhi semua kehendak. Sebuah majlis perkahwinan itu tidak hanya melibatkan pasangan pengantin tersebut tapi juga anggota keluarga kedua-dua belah pihak. 2 majlis ini saja cukup mencabar untuk diuruskan dan sy rasa cukuplah. Apapun sy tetap berterima kasih atas respond yg diberi.

Jom sy update persiapan kami setakat ini :

08.11.08 :
  • kad jemputan siap. usaha sy mempressure mereka berjaya jugak ...hehhe
  • jumpa mak andam lagi. aiya...sy kena check betul2 kaler yg dia bg...cam x match je. ira dah try baju nikah dia.

  • sy jumpa stand lamp yg sy nak kat Setapak. yg bestnya...harga 50% cheaper dr kat Puchong...alhamdulillah.
  • balik kg. kak de tgh try langsir bilik pengantin...hehheh...tq2...ok sgt, jgn risau...u're the best sis.
09.11.08 :
  • mesyurat kenduri kat kg. ada kesilapan teknikal sket, tp mesyuarat tetap diteruskan.
10.11.08 :
  • book pelamin. sy tak dpt kerusi yg sy nak...tp coz mummy ingatkan jgn membazir, nak tangkap gambo je kan...sy trus finalize...huhu.
11.11.08 :
  • baju nikah sy siap...suka2...hehhhe
28.11.08 :
  • family sy turun membeli beberapa brg di KL. sy tak dpt turut serta maklumlah hari bekerja...tiba2 je mereka datang so sebarang keputusan pembelian sy putuskan melalui telefon sj...tawakal jelah.
Oh ye...ramai gak yg bertanya hadiah apa sy nak...esp yg tak dpt dtg disebabkan urusan rasmi/ personal di overseas...sy sungguh terharu...tak tau apa nak jawab (kalau yg sy jawab mengarut2 tu, gurau2 je tu)....bagi sy doa kebahagian & kesejahteraan kami pun adalah hadiah yg cukup tak ternilaikan. Just, hadiah LCD 40'' tu serius yek...P

Thursday, November 27, 2008

Dah lama saya tinggalkan blog ni...busy sgt...semlm sy tiba2 terbukak blog jula....tgk background dia....eh cun la...sy jerit kat dia...dia inform mana dpt...trus sy try 2, 3 design...finally this 'kete bomba warna merah' menjadi pujaan hatiku. Ok tak? susah nak carik background yg sesuai tau... tambah2 yg maskulin...ni pun kira ok la kot. Trus semangat nak update blog..hmm...balik umh kang dh terpikir dah nak completekan beberapa draft yg ada tu.

Kete bomba warna merah....takde la sy fokus dia kete bomba ke, ambulans ke, bas ke, lori ke....just bila anda scroll up and down....kete bomba ni akan meluncur bersama anda dan berhenti bila anda berhenti men'scroll'. Meluncurnya kete bomba merah ni menyelusuri blog sy begitulah pacuan hidup sy bergerak dan anda menatapnya....simbolik la konon2nya hehheh.

Ke'busy'an sy mulai reda kini...mungkin coz dah year end dan musim org cuti so opis pun agak lengang kebelakangan ni. Sy pun tak lama lg nak bercuti panjang....lebih kurang 23 hari...yea. Apapun, byk yg sy perlu setelkan b4 bercuti...sistem baru kami pun masih belum stabil, supervisor sy yg sama2 in-charge sistem nih dah selamat ke Mekah semlm...consultant kami cuti ihsan dah 3 hari..dan sy berhempas pulas try to entertain semua rungutan/ prob yg timbul. Seperti biasa..masih ada user yg cuba2 nak gunakan sistem lama/ manual....ceh!...pg ni 'memey' from CCD pun cuba 'menggoda' atas dasar urgent...hehehe, smpai bersimpuh pun jawapannya 'NO' (tp i give chance to u till monday kan?...baik tak? hehehe). Sy tak tau la camne nanti bila sy bercuti, jgn meletup sudah sistem baru tu, hmmm...entahlah.

memey (bukan nama sebenar)

Sunday, October 26, 2008

Bukan cukup makan, sudah terlebih makan sebenarnya.

Syawal, 3 hari lagi akan berakhir, sy cukup risau asyik makan, makan dan makan aje. Apapun, sy bersyukur, rezeki murah, jemputan makan-makan tak putus-putus, terima kasih banyak2 buat yg menjemput...alhamdulillah. For you guys, a very special thanks for inviting me and the treats.

:: finance dept : amanah mutual berhad : pelaburan hartanah nasional berhad : pnb darby park : nanaris & family : azira & family : zaihasra & family : farhah aznor & family : k hadi & family : norizam & family : asrul azwani & family : tshkp : kak norza & family : csr dept : en latiff & family : zainuri & family : etc (jika ada yg tertinggal, harap maaf) ::

Weekend ni sy habiskan masa di kampung...fuh! best. Streamyx di rumah kg pun dh kembali pulih...cukup cemerlang, so sy boleh online...update apa yg patut.

Berbalik tentang makan-makan td, kemeriahan aktiviti makan2 sepanjang syawal ini bg sy sedikit sebanyak dapat mengurangkan kerisauan malaysian terhadap ketidak tentuan ekonomi dan politik semasa negara. Itu yg bagus tentang syawal, hubungan silaturrahim dieratkan dengan kunjung mengunjung, together-gether makan2, updating pasal satu sama lain etc. Sy sendiri berpeluang berjumpa beberapa kwn lama syawal ini...kalau takde raya mungkin susah sgt nak jumpa.

Sy sempat snap beberapa moments makan2, lets share the moments.

FD Open Hse

Kalau tak salah, this is the 1st open hse kat opis yg sy hadiri. Makanan mmg best, macam2 ada...paling sy suka sup masjid alam shah yg famous tu...sedap.

Raya ala kg @ Darby Park

doorgift : kuih batang buruk dlm bakul coklat ni

rendang + satay = kolestrol

Darby Park Open Hse as usual mmg meriah. Sentuhan glamour tu mesti ada sesuai dgn prestij Darby Park sendiri. Tahun ni pengunjung dihiburkan oleh Uji Rashid, Hail Amir & in house artiste + AC Mizal as MC. Makanan? ok la...coz sy dah kenyang time tu, ni dah open hse ke 4 that day. Datang pun atas dasar appreciate jemputan mereka.


Open Hse (Hse Warming) Zai

tuan rumah yg kelaz

Sy nyaris-nyaris tak sampai ke open hse zai ni. Terlalu banyak urusan perlu diselesaikan hari tersebut dan Lembah Klang sendiri walaupun weekend, jalan jam sgt teruk. Apapun, walaupun sy smpai lmbt tp sy dpt merasakan kemeriahan majlis zai ni, maklumlah event 2 in 1 (open hse + hse warming). Sorry zai & yoo rin, next time la kita buat pertemuan jejak kasih u all tu ok.

Close Hse Our Boss

My HOD tiba2 menjemput kami satu dept lunch ke rumahnya. 1 jam lunch hour kami gunakan sebaiknya makan puas2 kat rumah boss. Mmg best....malay n western food, wife boss masak sendiri untuk kami, bila makan + dgn presentationnya, rasa sedap dr makan kat restoran.

...... ...... ...... .......

Makan punya makan punya makan....mmg seronok tp bg sy yg kena jaga2 makan tu mmg cemas la...mmg fail la diet, tak berani nak timbang berat + belum lagi kembali ke gym....kesal + cemas = ?

Now jugak dah start musim appraisal....bg sy tahun ni, sy lebih berpuashati dgn final score sy. Tahun lepas, final score sy paling rendah dlm tempoh 5 tahun servis....tp...... "hasilnya" hujung tahun paling "lebat" dlm sejarah....hmm patut la adjust punya adjust punya adjust...kalau tak adjust tak tau la camne punya gempak dpt heheh. Apapun, byk or sikit pun rezeki bg sy tetap rezeki.... alhamdulillah. Cuma kalau tahun ni dpt 'lebat' lg cam tahun lepas pun best gak kan P

Wednesday, October 22, 2008

Dah seminggu tak update blog ni....sy mahu tp buntu. Sebenarnya agak sibuk skrg ni....terlalu banyak aktiviti dan kesuntukan masa nak online. Sy kumpulkan dulu cerita2 sy buat masa ni, mungkin 3 hari di kg hujung minggu ni ada masa yg boleh sy peruntukkan untuk satu atau dua posting....harap2nya.

Apapun, kesibukkan sy pasti tidak lari daripada aktiviti pesta makan2 yg hebat melanda menjelang berakhirnya syawal ini....pinggang sy mungkin sudah lari sikit ukurannya skrg...hmmm nak buat cammana, terima jelah. Ok, buat ms ni jom kita layan dulu gambar2 ni from camera baru diang jula yg buat sy bertambah jeles....bole layan dulu cerita dia kat sini.

this last pic from scumi

Tuesday, October 14, 2008

Alhamdulillah, sy berjaya menyelesaikan puasa 6 semalam. Kiranya hari ni sy kembali beraya. Agak mudah berpuasa 6 tahun ni, syukur. Sy sebenarnya bukanlah org yg mudah berpuasa sunat... sgt mencabar bg sy menahan lapar. Apapun, sy cuba berpuasa 6 di setiap syawal kerana biasanya itu sajalah puasa sunat yg sy lakukan setiap tahun. Ada hadis yg berkata puasa ramadan + puasa 6 di bulan syawal, samalah dengan berpuasa selama setahun...insyaallah, kiranya sy 'cukup' berpuasa setahun.

Aidilfitri nampaknya terus diraikan...maklumlah, org m'sia kan beraya sebulan..fuh! org m'sia mmg dashyat. Hujung minggu lepas sy ke 3 open hse. Hari Sabtu ke rumah azira & farhah, hari ahad ke rumah zainuri. Di setiap open hse, mesti ada at least 1 hidangan yg sy betul2 syok, makan byk2. Kat rumah azira (ayam masak merah), rumah farhah (bee hoon goreng) & rumah zai (nasi dagang). Hidangan2 lain pun best, tp bila sy dah jumpa 1 yg betul2 syok, makan benda lain pun, dlm pinggan mesti terselit juga hidangan syok tu.

Hari ahad tu pun, dalam sibuk2, sempat juga sy ke Seremban for Safuwan Wedding. Susah jugak sy nak plan travel ke Seremban ni, mcm2 hal, last2 sy gerak jugak dengan Din Sekeluarga. Geng2 lain yg poyo2 nak pergi, last2 tak pergi pun...hampeh! Apapun, sy faham...kalau dah ada aral, sy sendiri pun kadang2 tak dpt mengelak....so, nak cakap apa lg. For Safuwan & Shikin, Selamat Pengantin Baru, Moga Berbahagia Selalu. Wedding dorang ni time raya so mood raya tu masuk sekali, nilah first time sy dgr org pasang lagu raya time wedding...tp tak le pelik kerana bersebab. Cuba time my wedding disember nanti pasang lagu sesuci lebaran...mau org gelakkan...hehhe.

Sebelum ke Seremban, pagi tu sy dan keluarga sempat ke Balakong cari barang2 my wedding sikit2. Ada gudang yg jual macam2 barang wedding kat situ. Tentang harga brg kat situ susah sikit sy nak komen coz tak survey tempat lain pun tp kat situ banyak choice, kami layan je. Sy tak pernah sampai ke tempat tu tp dgn guide from nanaris ms called dia hr sabtu, senang je jumpa tempat tu. Thanks Nang.

Proses membeli tu berjalan lancar walaupun sessi debat berlaku beberapa kali. Maklumlah, walaupun dah discuss sblm datang tp bila dah smpai kat sana, tgk macam2 barang, macam2 idea timbul. Ada kalanya, letih berdiri, kami sampai duduk bersila di lantai berbincang. Sy bagaimanapun bersyukur kerana keluarga sgt supportive membantu sy membuat persiapan. Kadang2 sy lihat mereka lebih excited daripada sy. Insyallah...moga apa yg kami usahakan berhasil dan semuanya berjalan lancar.

Monday, October 06, 2008

Cuti raya selama 8 hari berlalu sekelip mata. Nak kata tak cukup, alhamdulillah...sekurang2nya sy berpeluang beraya bersama keluarga dan saudara mara seadanya.

half of my family members

Oh ya, perjalanan sy pulang ke kg tempohari berjalan lancar, cuma jam sikit sebelum keluar dr KL dan sy selamat sampai di kg sebelum jam 9 mlm.

Untuk posting aidilfitri kali ini sy rangkumkan sj lebih kurang seperti berikut:

:: persiapan ::
Tahun ini alhamdulillah kami beraya dirumah baru. Rumah yg 95% siap ni terpaksa kami kemaskan lebih sikit memandangkan banyak bahan2 yg x diperlukan bersepah. Mujurlah ada beberapa hari sebelum hr raya untuk kami berkemas. Tenaga kecil, besar, tua, muda terpaksa dikerahkan hehehhe...


:: kunjung-mengunjung ::

Kalau dah namanya raya, mestilah kena kunjung mengunjung. Awalnya sy plan nak beraya sakan ke sebanyak mungkin rumah saudara-mara, jiran2 & sahabat handai, tapi tetamu yg datang tak putus2 jadi sy penat beraya dirumah sendiri saja. Sy sempat beraya ke 4 buah rumah shj tp puas juga jumpa saudara mara, jiran2 & kawan2 yg dtg ke rumah...ok lah tu.


:: makanan ::
Keluarga besar sy seramai 28 org (mak + adik beradik + ipar duai + anak saudara) bila berkumpul mmg memerlukan stok makanan yg banyak. Selalunya sekali masak, sekali makan je. Antara menu tambahan kami raya ni selain hidangan biasa spt lemang, rendang, nasi impit ialah nasi bukhari, bee hoon s'pore dan soto yg licin sekelip mata. Senang cerita, kalau makan, makan sampai puas coz takde 2nd round dah. Now, dah balik ke KL sy tiba2 teringin sgt nak makan rendang...hmm...kena cari open house ni. Tapi kan kena diet daging etc sebab kolestrol tinggi....camne ni?

Aktiviti BBQ sempat kami jalankan 2 kali raya ni coz tak cukup buat sekali je. Sy kali ni bersara dr menjadi tukang BBQ kerana setiap kali BBQ sy cuma makan asap je, penat membakar smpai tak lalu nak makan....tp sy tetap tak makan banyak demi memberi laluan kepada tetamu...takpe, its ok.

:: kutu embun ::
Aktiviti wajib sy dan kawan2 setiap kali hari ry mestilah berborak sampai pagi. Kami semua sebenarnya duduk di KL tapi jarang sgt berjumpa, tiap kali raya barulah kami jumpa, lepak n update balik cerita masing2. Raya kali ni kami sempat melepak beberapa kali ada harinya smpai pukul 4 pagi baru la terasa nak balik rumah n tido. Puas hati P

:: cuaca ::
Raya kali ini, cuaca sgt tidak menentu...tgh panas terik, tiba2 hujan turun selebat-lebatnya. Satu petang tu nyaris2 air naik sampai nak masuk rumah...fuh! cemas.


:: balik kampung ::
Kedua org tua sy berasal dr Temerloh, pd raya ke 4, kami balik ke Temerloh untuk menziarah saudara mara disana walaupun tok dan nenek dah lama tiada. Kebetulan makcik sy membuat kenduri, kiranya langkah kanan la. Menu org Temerloh tak lengkap kalau takde ikan patin tempoyak, tapi sy lebih teruja dengan sambal tumis jering tunas + hati....best!

:: raya@tv ::
Rancangan raya tahun ni rasanya lemau2 belaka. Takde satu pun yg betul2 best. Sy sempat juga set & rakam beberapa rancangan raya + movies konon2nya nak tgk balik time free. Bila tgk balik, mmg tgk sikit2 je coz tak le best sgt.

Iklan raya yg dah jd sebahagian tradisi raya rakyak malaysia pun tahun ni ketara sangat kurangnya. Iklan petronas yg selalu ditunggu2 tak berapa umph cam selalu. Sy lebih tertarik dgn iklan raya TM tahun ni. Selalunya, kita boleh juga bagi ranking top 3 untuk iklan2 raya terbest, tp tahun ni sy cuma ingat 2 iklan ni je, iklan raya tv3 pun kureng....apakah ini petanda keadaan ekonomi...entahlah....





:: al-fatihah ::
1 syawal 1429h = 1 oktober 2008m genaplah 10 tahun ayah pergi meninggalkan kami. 10 tahun yang berlalu tak pernah memadamkan ingatan kami pd ayah. Alhamdulillah, setelah 10 tahun, kami mampu meneruskan hidup dgn baik walaupun mulanya dulu kehilangan ayah membawa perubahan yg cukup hebat dlm hidup kami sekeluarga. Selagi hayat dikandung badan, jasa & pengorbanan ayah takkan kami lupakan....kami sayang ayah.

Al-fatihah juga untuk Arwah Tarmizi (kawan sekolah @ SMTK) yang terlibat dlm kemalangan Ramadan lalu dan Arwah Abg Faizul yg meninggal akibat demam panas + jangkitan virus beberapa bulan lalu (sy cuma tahu bila bertanya dimana dia beraya tahun ni...sedih :(

Apapun doa sy moga roh mereka ditempatkan dikalangan org2 yg beriman...insyaallah.

Selamat Hari Raya Semua + Maaf Zahir & Batin.