Monday, October 06, 2008

Cuti raya selama 8 hari berlalu sekelip mata. Nak kata tak cukup, alhamdulillah...sekurang2nya sy berpeluang beraya bersama keluarga dan saudara mara seadanya.

half of my family members

Oh ya, perjalanan sy pulang ke kg tempohari berjalan lancar, cuma jam sikit sebelum keluar dr KL dan sy selamat sampai di kg sebelum jam 9 mlm.

Untuk posting aidilfitri kali ini sy rangkumkan sj lebih kurang seperti berikut:

:: persiapan ::
Tahun ini alhamdulillah kami beraya dirumah baru. Rumah yg 95% siap ni terpaksa kami kemaskan lebih sikit memandangkan banyak bahan2 yg x diperlukan bersepah. Mujurlah ada beberapa hari sebelum hr raya untuk kami berkemas. Tenaga kecil, besar, tua, muda terpaksa dikerahkan hehehhe...


:: kunjung-mengunjung ::

Kalau dah namanya raya, mestilah kena kunjung mengunjung. Awalnya sy plan nak beraya sakan ke sebanyak mungkin rumah saudara-mara, jiran2 & sahabat handai, tapi tetamu yg datang tak putus2 jadi sy penat beraya dirumah sendiri saja. Sy sempat beraya ke 4 buah rumah shj tp puas juga jumpa saudara mara, jiran2 & kawan2 yg dtg ke rumah...ok lah tu.


:: makanan ::
Keluarga besar sy seramai 28 org (mak + adik beradik + ipar duai + anak saudara) bila berkumpul mmg memerlukan stok makanan yg banyak. Selalunya sekali masak, sekali makan je. Antara menu tambahan kami raya ni selain hidangan biasa spt lemang, rendang, nasi impit ialah nasi bukhari, bee hoon s'pore dan soto yg licin sekelip mata. Senang cerita, kalau makan, makan sampai puas coz takde 2nd round dah. Now, dah balik ke KL sy tiba2 teringin sgt nak makan rendang...hmm...kena cari open house ni. Tapi kan kena diet daging etc sebab kolestrol tinggi....camne ni?

Aktiviti BBQ sempat kami jalankan 2 kali raya ni coz tak cukup buat sekali je. Sy kali ni bersara dr menjadi tukang BBQ kerana setiap kali BBQ sy cuma makan asap je, penat membakar smpai tak lalu nak makan....tp sy tetap tak makan banyak demi memberi laluan kepada tetamu...takpe, its ok.

:: kutu embun ::
Aktiviti wajib sy dan kawan2 setiap kali hari ry mestilah berborak sampai pagi. Kami semua sebenarnya duduk di KL tapi jarang sgt berjumpa, tiap kali raya barulah kami jumpa, lepak n update balik cerita masing2. Raya kali ni kami sempat melepak beberapa kali ada harinya smpai pukul 4 pagi baru la terasa nak balik rumah n tido. Puas hati P

:: cuaca ::
Raya kali ini, cuaca sgt tidak menentu...tgh panas terik, tiba2 hujan turun selebat-lebatnya. Satu petang tu nyaris2 air naik sampai nak masuk rumah...fuh! cemas.


:: balik kampung ::
Kedua org tua sy berasal dr Temerloh, pd raya ke 4, kami balik ke Temerloh untuk menziarah saudara mara disana walaupun tok dan nenek dah lama tiada. Kebetulan makcik sy membuat kenduri, kiranya langkah kanan la. Menu org Temerloh tak lengkap kalau takde ikan patin tempoyak, tapi sy lebih teruja dengan sambal tumis jering tunas + hati....best!

:: raya@tv ::
Rancangan raya tahun ni rasanya lemau2 belaka. Takde satu pun yg betul2 best. Sy sempat juga set & rakam beberapa rancangan raya + movies konon2nya nak tgk balik time free. Bila tgk balik, mmg tgk sikit2 je coz tak le best sgt.

Iklan raya yg dah jd sebahagian tradisi raya rakyak malaysia pun tahun ni ketara sangat kurangnya. Iklan petronas yg selalu ditunggu2 tak berapa umph cam selalu. Sy lebih tertarik dgn iklan raya TM tahun ni. Selalunya, kita boleh juga bagi ranking top 3 untuk iklan2 raya terbest, tp tahun ni sy cuma ingat 2 iklan ni je, iklan raya tv3 pun kureng....apakah ini petanda keadaan ekonomi...entahlah....





:: al-fatihah ::
1 syawal 1429h = 1 oktober 2008m genaplah 10 tahun ayah pergi meninggalkan kami. 10 tahun yang berlalu tak pernah memadamkan ingatan kami pd ayah. Alhamdulillah, setelah 10 tahun, kami mampu meneruskan hidup dgn baik walaupun mulanya dulu kehilangan ayah membawa perubahan yg cukup hebat dlm hidup kami sekeluarga. Selagi hayat dikandung badan, jasa & pengorbanan ayah takkan kami lupakan....kami sayang ayah.

Al-fatihah juga untuk Arwah Tarmizi (kawan sekolah @ SMTK) yang terlibat dlm kemalangan Ramadan lalu dan Arwah Abg Faizul yg meninggal akibat demam panas + jangkitan virus beberapa bulan lalu (sy cuma tahu bila bertanya dimana dia beraya tahun ni...sedih :(

Apapun doa sy moga roh mereka ditempatkan dikalangan org2 yg beriman...insyaallah.

Selamat Hari Raya Semua + Maaf Zahir & Batin.

0 Comments:

Post a Comment