Friday, August 29, 2008

Now hari- hari terakhir syaaban sebelum ramadan menjelma isnin nanti. Banyak benda nak disetelkan dgn harapan bole la berpuasa dgn tenang.

.makan.
Dalam seminggu ni, keghairahan makan begitu meluap-luap hehheh....cam kemaruk gila, segala benda nak ditelan....camlah puasa sebulan tu non stop takde masa berbuka. Dah lama tak buat perangai....everyday complete meals ambik semuanya heavy2 belaka. 2 hari lepas, blk dr gym, trus melepak kat LOTUS, pas roti banjir, order rojak, pas rojak order pulak mee goreng mamak. Semalam, pas nasi kandar, g Mac'D order McFlurry, balik beli pulak nasi lemak ayam rempah hmmm....

This week jugak Geng KoBaw-KoBay (Ko Bawak Ko Bayor) dah memulakan rotation baru. Program ni kami dah mulakan lebih kurang 3 tahun lepas. Idea datang lepas masing2 dah boring nak lunch kat kawasan opis. Modus Operandinya mudah je..gilir2 start from faizal, me, im, neb & yusman kena bawak/ recommend tmpt makan baru/sedap...sapa punya turn, dia bayar la. Kami g pun tmpt2 biasa je, takde la nak kenakan member kena byr mahal2 (unless tuan punya turn bermurah hati, lain cerita). So this time kami pekena ikan bakar kat Bellamy (belakang istana negara)...siok, tambah2 dpt sotong bakar & air mata kucing. Korum sekarang tak cukup coz Im now dah based kat S'pore, tp tmpt dia kami tetap reserved in case 1 day dia balik ke KL and nak joint semula.

Hari ni pas keje balik kg, nak sambut ramadan ngn family. Of course, sessi makan2 tak hingat tu berlarutan la till 1 Ramadan. Takpe, sebulan puasa bole cover balik mentedarah tu hehehh.

. baju melayu .

Ketibaan Ramadan juga bermaksud stok2 baju melayu akan fully utilised. Stok baju melayu tu takde la banyak, dlm 8 - 9 helai/pasang je, tu pun coz bj2 lama cam sepasang melayu yg arwah ayah bagi tahun 1997 pun ada lg. Bulan Ramadan biasanya ms g tarawikh br la baju2 melayu ni pakai balik. Jarang sgt nak berbaju melayu kalau time2 biasa, hari kerja, hampir complete semua waktu, solat kat luar kecuali subuh ( so solat pakai bj opis je la).

Malam td ms nak kemas beg, cr bj melayu nak bwk balik kg (maybe 1st tarawikh kat kg la if isnin start puasa), tgk baju2 nih, setiap satu mengingatkan kenangan2 lama....dah start part sedih plak hehhhe. Macam baju melayu purple tuh, arwah ayah bg kainnya complete ngn kain pelikat sedondon. Baju melayu hitam pulak tempah dlm tahun 2000 untuk konvo diploma...hmm bila diingat2 really miss la those days. Baju yg lain2 tu pun ada history nya sendiri...tetap segar dilipatan kenangan, nak cerita panjang...cukup jelah buat masa nih.

Oklah, buat semua muslimin & muslimat:

Selamat menunaikan ibadah puasa, moga kita mendapat rahmat dibulan yg mulia ni. Insyaallah.


0 Comments:

Post a Comment