Friday, November 28, 2008

Khutbah jumaat kita hari ini bertajuk "ayat-ayat cinta"....imam di Tabung Haji memulakan bicara sewaktu khutbah jumaat tghari td. Fulamak! cara (dibaca as cool) la tok imam ni. Khutbah tersebut yang berkisar tentang institusi perkahwinan agak menarik perhatian sy lebih-lebih lagi pd masa sekarang.... hehhe.


Saya teringat pada filem Ayat-Ayat Cinta (AAC) yang saya tonton sewaktu musim aidilfiri tempohari. Filem ini bg sy sgt bagus dan ada impak. Filem yang diadaptasi drpd novel hot selling Indon yg jugak bertajuk AAC rupanya mmg boom di Indon....malangnya filem ini gagal di Malaysia. Sy tak terkejut...selera org Malaysia susah dijangka, tambah2 jika promosi tidak dijalankan dgn baik. Saya sendiri tak perasan bila filem ini masuk ke panggung di Malaysia sedangkan sy boleh mengaku sy seorg kaki panggung.

Apapun, peminat2 novel AAC macam Zula tak berpuashati dgn AAC versi filem...adaptasi yg kurang tepat katanya. Saya pinjam novel tersebut dan kemudiannya sy faham kenapa ada yg tak berpuashati...sy sendiri berpendapat filem AAC mencacatkan 'kecantikan' AAC. Novel AAC karya yang indah, sy kagum dgn idea cemerlang penulis novel ini Habiburrahman El-Shirazy. Novel ini bukan novel cinta picisan tp ada unsur dakwah secara halus yg agak berbekas di hati sy walaupun sy tahu bukan mudah menjadi lelaki & suami sebaik Fahri. Sedikit sebanyak ada ilmu habluminannas dan rumahtangga yg sy kutip dr novel ini. Thanks Zula kerana pinjamkan sy novel ini.


moments menarik dari filem AAC

Sebagaimana AAC, aidilfitri lalu sy menonton juga di tv filem Qabil Khusry Qabil Iqam. Saya terkejut..filem ini juga bagus sebenarnya...sinematografinya superb, jalan cerita x membosankan (lupakan beberapa scene tak masuk akal etc) tp filem ini kalau tak salah saya juga gagal di pasaran. Mau nya tidak...promo berunsur hindustannya agak menjengkelkan...kalau lah promonya lebih baik, mungkin ada peluang filem ini berjaya. So, salah sapa kan?

Selingan : Kini 15 hari lagi menuju ke majlis perkahwinan sy. Persiapan masih dijalankan. Kad jemputan sudah 95% sy edarkan. 5% lagi sengaja sy tangguhkan atas sebab2 tertentu. Setiap malam selama lebih seminggu saya berusaha menyiapkan senarai jemputan kad tersebut, penuh meja makan sy dengan kad2 jemputan. Sewaktu proses penyerahan, sy sedar ada juga nama2 yg tercicir....ada yg berkecil hati, sy betul2 minta maaf, mana yg sy dpt cover sy cuba....mana yg tak...apakan daya...ermm susah juga.

Selepas kad diberi, banyak juga feedback yg sy dpt....ada yg begitu excited nak lihat sy 'berteman', ada yg maklumkan tak dpt hadir....dan ramai juga yg tanya kenapa tak buat di KL sama? Sebenarnya reception di KL antara option yg pernah sy fikirkan...tp sy nekad cukuplah 2 majlis di Perak & Pahang. Saya memperuntukkan bajet yg seadanya saja untuk perkahwinan saya....saya tidak mahu membazir, tidak mahu berhutang dan mahu kewangan saya 'sihat' apabila menjaga 'keluarga' saya nanti.

Sy menjemput dgn ikhlas dan terpulanglah....bg sy bukan hanya lokasi menjadi penentu, masa dan keadaan juga mungkin membataskan....mana mungkin sy mampu memenuhi semua kehendak. Sebuah majlis perkahwinan itu tidak hanya melibatkan pasangan pengantin tersebut tapi juga anggota keluarga kedua-dua belah pihak. 2 majlis ini saja cukup mencabar untuk diuruskan dan sy rasa cukuplah. Apapun sy tetap berterima kasih atas respond yg diberi.

Jom sy update persiapan kami setakat ini :

08.11.08 :
  • kad jemputan siap. usaha sy mempressure mereka berjaya jugak ...hehhe
  • jumpa mak andam lagi. aiya...sy kena check betul2 kaler yg dia bg...cam x match je. ira dah try baju nikah dia.

  • sy jumpa stand lamp yg sy nak kat Setapak. yg bestnya...harga 50% cheaper dr kat Puchong...alhamdulillah.
  • balik kg. kak de tgh try langsir bilik pengantin...hehheh...tq2...ok sgt, jgn risau...u're the best sis.
09.11.08 :
  • mesyurat kenduri kat kg. ada kesilapan teknikal sket, tp mesyuarat tetap diteruskan.
10.11.08 :
  • book pelamin. sy tak dpt kerusi yg sy nak...tp coz mummy ingatkan jgn membazir, nak tangkap gambo je kan...sy trus finalize...huhu.
11.11.08 :
  • baju nikah sy siap...suka2...hehhhe
28.11.08 :
  • family sy turun membeli beberapa brg di KL. sy tak dpt turut serta maklumlah hari bekerja...tiba2 je mereka datang so sebarang keputusan pembelian sy putuskan melalui telefon sj...tawakal jelah.
Oh ye...ramai gak yg bertanya hadiah apa sy nak...esp yg tak dpt dtg disebabkan urusan rasmi/ personal di overseas...sy sungguh terharu...tak tau apa nak jawab (kalau yg sy jawab mengarut2 tu, gurau2 je tu)....bagi sy doa kebahagian & kesejahteraan kami pun adalah hadiah yg cukup tak ternilaikan. Just, hadiah LCD 40'' tu serius yek...P

Thursday, November 27, 2008

Dah lama saya tinggalkan blog ni...busy sgt...semlm sy tiba2 terbukak blog jula....tgk background dia....eh cun la...sy jerit kat dia...dia inform mana dpt...trus sy try 2, 3 design...finally this 'kete bomba warna merah' menjadi pujaan hatiku. Ok tak? susah nak carik background yg sesuai tau... tambah2 yg maskulin...ni pun kira ok la kot. Trus semangat nak update blog..hmm...balik umh kang dh terpikir dah nak completekan beberapa draft yg ada tu.

Kete bomba warna merah....takde la sy fokus dia kete bomba ke, ambulans ke, bas ke, lori ke....just bila anda scroll up and down....kete bomba ni akan meluncur bersama anda dan berhenti bila anda berhenti men'scroll'. Meluncurnya kete bomba merah ni menyelusuri blog sy begitulah pacuan hidup sy bergerak dan anda menatapnya....simbolik la konon2nya hehheh.

Ke'busy'an sy mulai reda kini...mungkin coz dah year end dan musim org cuti so opis pun agak lengang kebelakangan ni. Sy pun tak lama lg nak bercuti panjang....lebih kurang 23 hari...yea. Apapun, byk yg sy perlu setelkan b4 bercuti...sistem baru kami pun masih belum stabil, supervisor sy yg sama2 in-charge sistem nih dah selamat ke Mekah semlm...consultant kami cuti ihsan dah 3 hari..dan sy berhempas pulas try to entertain semua rungutan/ prob yg timbul. Seperti biasa..masih ada user yg cuba2 nak gunakan sistem lama/ manual....ceh!...pg ni 'memey' from CCD pun cuba 'menggoda' atas dasar urgent...hehehe, smpai bersimpuh pun jawapannya 'NO' (tp i give chance to u till monday kan?...baik tak? hehehe). Sy tak tau la camne nanti bila sy bercuti, jgn meletup sudah sistem baru tu, hmmm...entahlah.

memey (bukan nama sebenar)

Sunday, October 26, 2008

Bukan cukup makan, sudah terlebih makan sebenarnya.

Syawal, 3 hari lagi akan berakhir, sy cukup risau asyik makan, makan dan makan aje. Apapun, sy bersyukur, rezeki murah, jemputan makan-makan tak putus-putus, terima kasih banyak2 buat yg menjemput...alhamdulillah. For you guys, a very special thanks for inviting me and the treats.

:: finance dept : amanah mutual berhad : pelaburan hartanah nasional berhad : pnb darby park : nanaris & family : azira & family : zaihasra & family : farhah aznor & family : k hadi & family : norizam & family : asrul azwani & family : tshkp : kak norza & family : csr dept : en latiff & family : zainuri & family : etc (jika ada yg tertinggal, harap maaf) ::

Weekend ni sy habiskan masa di kampung...fuh! best. Streamyx di rumah kg pun dh kembali pulih...cukup cemerlang, so sy boleh online...update apa yg patut.

Berbalik tentang makan-makan td, kemeriahan aktiviti makan2 sepanjang syawal ini bg sy sedikit sebanyak dapat mengurangkan kerisauan malaysian terhadap ketidak tentuan ekonomi dan politik semasa negara. Itu yg bagus tentang syawal, hubungan silaturrahim dieratkan dengan kunjung mengunjung, together-gether makan2, updating pasal satu sama lain etc. Sy sendiri berpeluang berjumpa beberapa kwn lama syawal ini...kalau takde raya mungkin susah sgt nak jumpa.

Sy sempat snap beberapa moments makan2, lets share the moments.

FD Open Hse

Kalau tak salah, this is the 1st open hse kat opis yg sy hadiri. Makanan mmg best, macam2 ada...paling sy suka sup masjid alam shah yg famous tu...sedap.

Raya ala kg @ Darby Park

doorgift : kuih batang buruk dlm bakul coklat ni

rendang + satay = kolestrol

Darby Park Open Hse as usual mmg meriah. Sentuhan glamour tu mesti ada sesuai dgn prestij Darby Park sendiri. Tahun ni pengunjung dihiburkan oleh Uji Rashid, Hail Amir & in house artiste + AC Mizal as MC. Makanan? ok la...coz sy dah kenyang time tu, ni dah open hse ke 4 that day. Datang pun atas dasar appreciate jemputan mereka.


Open Hse (Hse Warming) Zai

tuan rumah yg kelaz

Sy nyaris-nyaris tak sampai ke open hse zai ni. Terlalu banyak urusan perlu diselesaikan hari tersebut dan Lembah Klang sendiri walaupun weekend, jalan jam sgt teruk. Apapun, walaupun sy smpai lmbt tp sy dpt merasakan kemeriahan majlis zai ni, maklumlah event 2 in 1 (open hse + hse warming). Sorry zai & yoo rin, next time la kita buat pertemuan jejak kasih u all tu ok.

Close Hse Our Boss

My HOD tiba2 menjemput kami satu dept lunch ke rumahnya. 1 jam lunch hour kami gunakan sebaiknya makan puas2 kat rumah boss. Mmg best....malay n western food, wife boss masak sendiri untuk kami, bila makan + dgn presentationnya, rasa sedap dr makan kat restoran.

...... ...... ...... .......

Makan punya makan punya makan....mmg seronok tp bg sy yg kena jaga2 makan tu mmg cemas la...mmg fail la diet, tak berani nak timbang berat + belum lagi kembali ke gym....kesal + cemas = ?

Now jugak dah start musim appraisal....bg sy tahun ni, sy lebih berpuashati dgn final score sy. Tahun lepas, final score sy paling rendah dlm tempoh 5 tahun servis....tp...... "hasilnya" hujung tahun paling "lebat" dlm sejarah....hmm patut la adjust punya adjust punya adjust...kalau tak adjust tak tau la camne punya gempak dpt heheh. Apapun, byk or sikit pun rezeki bg sy tetap rezeki.... alhamdulillah. Cuma kalau tahun ni dpt 'lebat' lg cam tahun lepas pun best gak kan P