Showing posts with label MY Wedding. Show all posts
Showing posts with label MY Wedding. Show all posts

Thursday, January 15, 2009


Sudah sebulan kahwin...belum sempat update blog ni.

Apapun alhamdulillah my married life so far ok. Just kerja kat opis sgt byk...yelah br pas cuti pjg...balik umh pun dah letih...jarang online... tak mcm bujang2 dulu. Berhajat gak nak curik2 masa to blogging again..update facebook, friendster, fotopages... clearkan email etc.

Hari ni my lovely wife (hahha...1st time guna perkataan tu dlm blog ni) terpaksa stayback kat opis...now she otw back..so sementara tu try la online kejap. Papun buat masa ni rasanya sempat update sket lagu fav terkini kat tepi tu n this entry je. Insyaallah, free2 nnti mmg nak buat special entry about my wedding, my 1st mth experience in married life etc...nntilah....tungguuuuuu.

nite.

Friday, November 28, 2008

Khutbah jumaat kita hari ini bertajuk "ayat-ayat cinta"....imam di Tabung Haji memulakan bicara sewaktu khutbah jumaat tghari td. Fulamak! cara (dibaca as cool) la tok imam ni. Khutbah tersebut yang berkisar tentang institusi perkahwinan agak menarik perhatian sy lebih-lebih lagi pd masa sekarang.... hehhe.


Saya teringat pada filem Ayat-Ayat Cinta (AAC) yang saya tonton sewaktu musim aidilfiri tempohari. Filem ini bg sy sgt bagus dan ada impak. Filem yang diadaptasi drpd novel hot selling Indon yg jugak bertajuk AAC rupanya mmg boom di Indon....malangnya filem ini gagal di Malaysia. Sy tak terkejut...selera org Malaysia susah dijangka, tambah2 jika promosi tidak dijalankan dgn baik. Saya sendiri tak perasan bila filem ini masuk ke panggung di Malaysia sedangkan sy boleh mengaku sy seorg kaki panggung.

Apapun, peminat2 novel AAC macam Zula tak berpuashati dgn AAC versi filem...adaptasi yg kurang tepat katanya. Saya pinjam novel tersebut dan kemudiannya sy faham kenapa ada yg tak berpuashati...sy sendiri berpendapat filem AAC mencacatkan 'kecantikan' AAC. Novel AAC karya yang indah, sy kagum dgn idea cemerlang penulis novel ini Habiburrahman El-Shirazy. Novel ini bukan novel cinta picisan tp ada unsur dakwah secara halus yg agak berbekas di hati sy walaupun sy tahu bukan mudah menjadi lelaki & suami sebaik Fahri. Sedikit sebanyak ada ilmu habluminannas dan rumahtangga yg sy kutip dr novel ini. Thanks Zula kerana pinjamkan sy novel ini.


moments menarik dari filem AAC

Sebagaimana AAC, aidilfitri lalu sy menonton juga di tv filem Qabil Khusry Qabil Iqam. Saya terkejut..filem ini juga bagus sebenarnya...sinematografinya superb, jalan cerita x membosankan (lupakan beberapa scene tak masuk akal etc) tp filem ini kalau tak salah saya juga gagal di pasaran. Mau nya tidak...promo berunsur hindustannya agak menjengkelkan...kalau lah promonya lebih baik, mungkin ada peluang filem ini berjaya. So, salah sapa kan?

Selingan : Kini 15 hari lagi menuju ke majlis perkahwinan sy. Persiapan masih dijalankan. Kad jemputan sudah 95% sy edarkan. 5% lagi sengaja sy tangguhkan atas sebab2 tertentu. Setiap malam selama lebih seminggu saya berusaha menyiapkan senarai jemputan kad tersebut, penuh meja makan sy dengan kad2 jemputan. Sewaktu proses penyerahan, sy sedar ada juga nama2 yg tercicir....ada yg berkecil hati, sy betul2 minta maaf, mana yg sy dpt cover sy cuba....mana yg tak...apakan daya...ermm susah juga.

Selepas kad diberi, banyak juga feedback yg sy dpt....ada yg begitu excited nak lihat sy 'berteman', ada yg maklumkan tak dpt hadir....dan ramai juga yg tanya kenapa tak buat di KL sama? Sebenarnya reception di KL antara option yg pernah sy fikirkan...tp sy nekad cukuplah 2 majlis di Perak & Pahang. Saya memperuntukkan bajet yg seadanya saja untuk perkahwinan saya....saya tidak mahu membazir, tidak mahu berhutang dan mahu kewangan saya 'sihat' apabila menjaga 'keluarga' saya nanti.

Sy menjemput dgn ikhlas dan terpulanglah....bg sy bukan hanya lokasi menjadi penentu, masa dan keadaan juga mungkin membataskan....mana mungkin sy mampu memenuhi semua kehendak. Sebuah majlis perkahwinan itu tidak hanya melibatkan pasangan pengantin tersebut tapi juga anggota keluarga kedua-dua belah pihak. 2 majlis ini saja cukup mencabar untuk diuruskan dan sy rasa cukuplah. Apapun sy tetap berterima kasih atas respond yg diberi.

Jom sy update persiapan kami setakat ini :

08.11.08 :
  • kad jemputan siap. usaha sy mempressure mereka berjaya jugak ...hehhe
  • jumpa mak andam lagi. aiya...sy kena check betul2 kaler yg dia bg...cam x match je. ira dah try baju nikah dia.

  • sy jumpa stand lamp yg sy nak kat Setapak. yg bestnya...harga 50% cheaper dr kat Puchong...alhamdulillah.
  • balik kg. kak de tgh try langsir bilik pengantin...hehheh...tq2...ok sgt, jgn risau...u're the best sis.
09.11.08 :
  • mesyurat kenduri kat kg. ada kesilapan teknikal sket, tp mesyuarat tetap diteruskan.
10.11.08 :
  • book pelamin. sy tak dpt kerusi yg sy nak...tp coz mummy ingatkan jgn membazir, nak tangkap gambo je kan...sy trus finalize...huhu.
11.11.08 :
  • baju nikah sy siap...suka2...hehhhe
28.11.08 :
  • family sy turun membeli beberapa brg di KL. sy tak dpt turut serta maklumlah hari bekerja...tiba2 je mereka datang so sebarang keputusan pembelian sy putuskan melalui telefon sj...tawakal jelah.
Oh ye...ramai gak yg bertanya hadiah apa sy nak...esp yg tak dpt dtg disebabkan urusan rasmi/ personal di overseas...sy sungguh terharu...tak tau apa nak jawab (kalau yg sy jawab mengarut2 tu, gurau2 je tu)....bagi sy doa kebahagian & kesejahteraan kami pun adalah hadiah yg cukup tak ternilaikan. Just, hadiah LCD 40'' tu serius yek...P

Tuesday, October 14, 2008

Alhamdulillah, sy berjaya menyelesaikan puasa 6 semalam. Kiranya hari ni sy kembali beraya. Agak mudah berpuasa 6 tahun ni, syukur. Sy sebenarnya bukanlah org yg mudah berpuasa sunat... sgt mencabar bg sy menahan lapar. Apapun, sy cuba berpuasa 6 di setiap syawal kerana biasanya itu sajalah puasa sunat yg sy lakukan setiap tahun. Ada hadis yg berkata puasa ramadan + puasa 6 di bulan syawal, samalah dengan berpuasa selama setahun...insyaallah, kiranya sy 'cukup' berpuasa setahun.

Aidilfitri nampaknya terus diraikan...maklumlah, org m'sia kan beraya sebulan..fuh! org m'sia mmg dashyat. Hujung minggu lepas sy ke 3 open hse. Hari Sabtu ke rumah azira & farhah, hari ahad ke rumah zainuri. Di setiap open hse, mesti ada at least 1 hidangan yg sy betul2 syok, makan byk2. Kat rumah azira (ayam masak merah), rumah farhah (bee hoon goreng) & rumah zai (nasi dagang). Hidangan2 lain pun best, tp bila sy dah jumpa 1 yg betul2 syok, makan benda lain pun, dlm pinggan mesti terselit juga hidangan syok tu.

Hari ahad tu pun, dalam sibuk2, sempat juga sy ke Seremban for Safuwan Wedding. Susah jugak sy nak plan travel ke Seremban ni, mcm2 hal, last2 sy gerak jugak dengan Din Sekeluarga. Geng2 lain yg poyo2 nak pergi, last2 tak pergi pun...hampeh! Apapun, sy faham...kalau dah ada aral, sy sendiri pun kadang2 tak dpt mengelak....so, nak cakap apa lg. For Safuwan & Shikin, Selamat Pengantin Baru, Moga Berbahagia Selalu. Wedding dorang ni time raya so mood raya tu masuk sekali, nilah first time sy dgr org pasang lagu raya time wedding...tp tak le pelik kerana bersebab. Cuba time my wedding disember nanti pasang lagu sesuci lebaran...mau org gelakkan...hehhe.

Sebelum ke Seremban, pagi tu sy dan keluarga sempat ke Balakong cari barang2 my wedding sikit2. Ada gudang yg jual macam2 barang wedding kat situ. Tentang harga brg kat situ susah sikit sy nak komen coz tak survey tempat lain pun tp kat situ banyak choice, kami layan je. Sy tak pernah sampai ke tempat tu tp dgn guide from nanaris ms called dia hr sabtu, senang je jumpa tempat tu. Thanks Nang.

Proses membeli tu berjalan lancar walaupun sessi debat berlaku beberapa kali. Maklumlah, walaupun dah discuss sblm datang tp bila dah smpai kat sana, tgk macam2 barang, macam2 idea timbul. Ada kalanya, letih berdiri, kami sampai duduk bersila di lantai berbincang. Sy bagaimanapun bersyukur kerana keluarga sgt supportive membantu sy membuat persiapan. Kadang2 sy lihat mereka lebih excited daripada sy. Insyallah...moga apa yg kami usahakan berhasil dan semuanya berjalan lancar.

Friday, September 19, 2008

100 days

19 September 2008 - 27 Disember 2008 = 100 Hari.

100 hari bg sesetengah org satu tempoh yg panjang, namun bg sy 100 hari yg akan datang pasti berlalu cukup pantas. Dalam tempoh 1o0 hari ini, insyaallah, perjalanan hidup sy akan memasuki fasa baru.....fasa berumahtangga. Insyaallah, 27 Dis adalah event terakhir = majlis di pihak saya.

Rasanya sy tidak pernah menafikannya (yg pasti sy tidak pernah berbohong)....cuma kadang kala sy tidak menjawab bila soalan berkaitan diajukan/ jawapan sy cukup terhad...hehe..mungkin masa itu sy belum bersedia untuk bercerita. Sy sgt menghargai keprihatinan sahabat handai, kawan2 yg asyik bertanya....insyaallah, berkat doa semua harinya kian menjelang tiba. Dalam tempoh ini, sy mahu berkongsi pengalaman & persiapan sy setakat mana sy mampu membuat posting, disamping untuk menghargai sumbangan "org2 kuat" yg memberikan sokongan & bantuan.

Bukan mudah rupanya ingin membina sebuah rumah bermula dr sekeping bata...majlis sy kali ini merupakan majlis perkahwinan pertama keluarga sy tanpa ayah menguruskannya dan bakal berlangsung 13 tahun selepas majlis perkahwinan terakhir ahli keluarga kami...hmm...dah macam kenduri menerima menantu sulung balik la kiranya.

Persiapan sy bermula setelah kata sepakat kedua-dua belah pihak dicapai dlm satu majlis ringkas pada 22 Mac lalu. Sejak hari tersebut, perancangan seterusnya digerakkan sedikit demi sedikit spt berikut:

:: Mac ::
- kursus kahwin.
My advice, kalau belum pergi, pergi la bersama pasangan. Banyak ilmu dapat, paling penting, dua2 org mendengar benda yg sama, takde la info tu bercanggah pulak kan.

:: April ::
- barang2 hantaran mula dibeli
Kebetulan ada sale bulan ini, jadi shopping la sikit2 mana2 brg yg berkenan.

- discuss with family about venue & makanan.
Ni antara perkara paling penting. Mulanya sy bercadang mengadakan majlis tersebut di dewan n catering. Last2 decide venue confirm kat rumah. About catering, mmg ramai yg bangkang, tak seronok katanya...hmmm....dorang ni, nak seronok main masak2 agaknya? Niat sy nak senangkan semua org, bersih n kurangkan penat semua yg terlibat tp sy akur kehendak ramai yg nak masak kat rumah.

:: May ::
- beli cincin kahwin
Kebetulan my other half jumpa cincin yg dia berkenan kat KLCC, so kami terus beli...satu untuk dia, semestinya satu utk sy.....hehehh

- start survey mak andam, photographer & canopy supplier
Usaha bermula dgn surf internet & tanya member2 yg dah kawin/ plan nak kawin. Paling penting tema kena set dah time ni. Untuk sy, coz buat kat kg/ rumah, temanya ala-ala kg je la.

:: Jun ::
- confirmation of mak andam
Kami smpat buat appointment dgn 3 mak andam je before decide. Letih nak cari lagi, rs ok je, terus booking.

- confirmation of photographer
Saya dapat dlm 6/7 quotation jugak for photographer. Beberapa perbualan telefon, last2 sy buat appointment dgn 3 photographer, plan jumpa kat mamak BK5, nak tgk hasil kerja dorang & jumpa orgnya ( kena tgk jugak boleh masuk ke tak dgn orgnya). Baru nak jumpa photographer ke 2, sy dah rs sgt penat (time tu pun tgh busy) so sy decide, kalau dia ni ok, sy booking je. So, perjumpaan tu berjalan lancar, sy rs confident, pakej pun ok n trus decide to appoint.

- confirmation of canopy supplier.
Mulanya sy dpt supplier from KL tp last minutes b4 booking supplier tu abg ipar inform beberapa supplier kat kg yg setanding tp harga lebih murah. So, sy study sikit n decide supplier ni yg biasa dgn my aunty. Kira oklah, track record tu harap2 memberikan hasil yg baik.

Note : Booking mak andam, photographer & canopy/ venue ni dlm tempoh 6 bulan sblm wedding if wedding pulak time cuti sekolah/ hot date mmg dah lambat sebenarnya. Beberapa supplier yg sy contact dah tak free even time tu kita rasa banyak masa lg. So yg plan nak kawin tu please watch out ok P

:: Ogos ::
- prepare untuk apply kebenaran nikah.
Ambik borang kat Pejabat Agama Islam Daerah Gombak kat Keramat and tanya sedikit sebanyak prosedur yg perlu diikuti. Buat HIV test kat Klinik Komuniti Petaling (klinik kerajaan je boleh buat test ni utk nikah). Rasanya bertahun tak jejak kaki ke Klinik Kerajaan, insaf la jugak tgk org ramai beratur panjang nak dptkan rawatan. Selama ni pergi klinik swasta, selesa, kejap je dah dpt jumpa doktor.

:: September ::
- proses mendapatkan kebenaran nikah.
Proses ni bukan mudah rupanya. JAIS punya requirement macam2. Tambah susah bila alamat IC sy di Pahang dan apply nikah pula di Selangor. Urusan mendapatkan pengesahan pelbagai pihak bagaimanapun alhamdulillah dipermudahkan apabila salah seorg saksi status bujang sy biasa dengan pihak masjid. Cuma segan juga menyusahkan hardi & bob yg terpaksa kesana kesini untuk menyelesaikan urusan sy. Thank you very much hardi & bob. Semlm, sy ke JAIS di Shah Alam utk mendapatkan kebenaran rasmi dan alhamdulillah, urusan tersebut selesai. Kini sy menyerahkan surat kebenaran sy kepada pihak perempuan untuk urusan selanjutnya.

- senarai jemputan.
Saya mula menyenaraikan jemputan2 yg bakal dijemput untuk anggaran kad jemputan yang perlu sy tempah. Ni pun susah juga, takut2 ada pulak yg tertinggal dan berkecil hati esp yg rajin bertanya tu...hmmm. Dengan senarai ni pun, balik raya nnti sy boleh berbincang dengan keluarga utk anggaran makanan dan lain2 perkara untuk disesuaikan dgn bajet. Maklumlah ekonomi nmpknya kurang baik & sy pun tidak mahu membazir. Cukuplah majlis yg sederhana tp dimeriahkan dengan kehadiran keluarga, saudara mara & sahabat handai. Sehabis boleh sy ingin menjemput seramai mungkin terutamanya org2 yg sentiasa berada disisi sy hujan/ panas, susah/ senang tp senarai akhir semestinya akan sy fikirkan sewaktu 8 hari cuti aidilfitri nanti.

- tempahan kad.
Saya telah survey di internet dan beberapa kedai, akhirnya sy memilih menempah kad jemputan di Jalan Brunei (berhampiran Times Square). Harga kad disini tidaklah begitu murah, tetapi faktor lokasi yg dekat dgn pejabat sy dan harga yg dalam bajet sudah memadai. Memang pening utk membuat pilihan, akhirnya kami menggabungkan design beberapa kad untuk disatukan dlm kad kami. Selepas aidilfitri nanti, kami akan kembali utk melihat 1st artwork. Sy menjangkakan proses merekabentuk kad ini juga pasti mengambil masa tetapi sy berharap kerja2 printing akan siap pada awal November.

Buat masa ini selain perkara-perkara besar, beberapa perancangan kecilan turut difikirkan.........hmmm....sy berharap tiada apa yg akan tertinggal. Insyaallah, jika ada masa sy akan mengupdate lg perkembangan persiapan sy nanti.

Lagu Nur Kasih ni dah lama tp antara lagu nasyid yg tetap sy gemari n now nampaknya its relevant hehhheh......

Nur Kasih
Album : Damba Kasih
Munsyid : In-Team

Bagaikan permata di celahan kaca
Kedipnya sukar untuk dibezakan
Kepada-Mu Tuhan ku pasrah harapan
Moga tak tersalah pilihan

Nur Kasih Mu mendamai di kalbu
Jernih setulus tadahan doaku
Rahmati daku dan permintaanku
Untuk bertemu di dalam restu

Kurniakan daku serikandi
Penyejuk di mata penawar di hati
Di dunia dialah penyeri
Di syurga menanti… dia bidadari

Kekasih sejati teman yang berbudi
Kasihnya bukan ketepaksaan
Bukan jua kerana keduniaan
Mekar hidup disiram Nur Kasih

Ya Allah…
Kurniakanlah kami
Isteri dan zuriat yang soleh
Sebagai penyejuk mata

Kurniakan daku serikandi
Penyejuk di mata penawar di hati
Di dunia dialah penyeri
Di syuga menanti… dia bidadari

Kekasih sejati teman yang berbudi
Kasihnya bukan keterpaksaan
Bukan jua kerana dunia
Mekar hidup ini disirami Nur Kasih

Di tangan-Mu Tuhan ku sandar impian
Penentu jodoh pertemuan
Seandai dirinya tercipta untukku
Relaku menjadi miliknya…